Video| KJ reporting for duty di Hot FM! Teruja jadi DJ radio! Akui dia menang selfie tapi kalah undi!
Published byBEKAS menteri Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) muncul pertama kali sebagai penyampai radio (DJ) di stesen radio Hot FM dalam segmen ‘Bekpes Hot’ dari jam 6-10 pagi pada Rabu, 15 Februari 2023.
Dalam kemunculan perdananya, KJ mengucap selamat pagi dan melaporkan diri pada jam 6.14 pagi iaitu sebelum azan subuh.
DJ segmen ‘Bekpes Hot’ masih tidak lengkap regunya kerana Fara Fauzana (Fafau) masih bercuti kerana menunaikan umrah.
Namun AG dan Johan tetap berjaya mengendali segmen itu dengan santai dan ternyata KJ mempunyai cara tersendiri menjadi DJ radio dengan santai dan boleh berlawak.
Bagi hari pertama kemunculannya, apabila ditanya oleh AG dan Johan kenapa dia memilih untuk menjadi DJ, jawab Khairi, dia masih mempunyai cita-cita besar dalam politik dan perlu kekal popular, jadi perlukan stesen radio yang paling popular seperti Hot FM. Dan Hot FM memberi gaji lumayan dengan tugasnya.
Tambahnya setelah tiada pekerjaan, waktu paginya banyak dihabiskan dengan sambung tidur dan tawaran Hot FM ini kembali membuat dia aktif sebelah pagi.
Menurut KJ lagi, dia tidak akan melupakan tarikh 19 November 2022 di mana dia tewas di Parlimen Sungei Buloh dan selepas itu tidak bekerja.
Tambahnya dia ingat boleh hidup selesa dengan wang pencen kerana tiga penggal menjadi Ahli Parlimen.
Namun dia tergamam apabila tahu pemberian pencen itu hanya berkuat kuasa apabila berusia 55 tahun, sedangkan dia masih 46 tahun. Jadi dia perlu bekerja.
Menurut KJ, kekalahan di Sungai Buloh mengejutkan dirinya. Katanya, berdasarkan sambutan masyarakat membuat dia yakin untuk menang. Ramai yang ditemui meminta untuk selfie tetapi tetap kalah.
Dalam bergurau KJ membuat pepatah baharu iaitu "menang selfie, kalah undi".
Menurut AG dan Johan pepatah itu bakal menjadi pepatah popular. Ternyata bidalan itu mencuit pendengar Hot FM.
Menyentuh soak sukan bola sepak, KJ membayangkan akan menerima tawaran menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan penasihat pembangunan JDT. Pengumuman rasmi akan dibuat dalam waktu terdekat.
KJ turut mengucap terima kasih kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim atas tawaran itu.
Pada akhir segmen ‘Besfes’ KJ menyatakan dia perlu diberi keistimewaan dan tdak akan muncul muncul 5 hari seminggu kerana dia juga mempunyai tugas lain.
Untuk kemunculan seterusnya dalam segmen itu KJ menyatakan akam mengumumkan kemudian kerana dia ada tugas di luar negeri kerana dia juga mempunyai tugas sebagai pensyarah dan penyelidik.
KJ dalam karier politiknya berjaya menjadi menteri dalam tiga kementerian iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, serta Kementerian Kesihatan.
KJ dikatakan cuba ditolak dari UMNO dengan diletak bertanding di kawasan ‘panas’ Sungai Buloh dan akhirnya dipecat dari UMNO.
KJ kini bersara sementara dari politik dan yakin mampu untuk kembali aktif dalam politik dan menjadikan kerja sebagai DJ radio antara caranya untuk kembali aktif berpolitik. - KitaReporters