Padang bola bertukar wajah! Jadi kawasan perkuburan mangsa gempa! Ramai masih mencari mayat keluarga!
Published bySIAPA sangka kawasan luas yang pernah dijadikan padang bola sepak dan menjadi kawasan tumpuan penduduk di bandar Pazarcik di Turkiye sebelum ini kini bertukar wajah dan menjadi kawasan perkuburan
Memetik newsbeezer.com pada 18 Februari 2023 lalu, padang bola yang masih memiliki tiang gol itu dijadikan tanah perkuburan bagi menempatkan mangsa-mangsa korban gempa bumi yang melanda Turkiye pada 6 Februari 2023 lalu.
Kini padang tersebut dipenuhi lebih 10,000 lahad yang menempatkan jenazah penduduk Islam.
Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan gempa bumi di Turkiye
Malah, setiap kubur yang digali turut ditanda dengan papan kayu yang dicat putih ditulis nama dan tarikh kematian.
Seorang penduduk yang dikenali Huseyin Akis berkata, dia terpaksa menahan sabar dan menunggu lebih 10 hari untuk mendapat jenazah anak saudara yang terperangkap bawah runtuhan bersama suami dan dua anak lelakinya.
Turut kelihatan kain merah dililitkan pada papan kayu yang dijadikan sebagai batu nisan sementara, manakala pokok pine dibiarkan hidup di atas permukaan kubur.
Manakala sebuah tanah perkuburan di Kahramanmaras, ribuan kubur baharu dikesan melebihi jumlah sebelum bencana itu.
Khemah juga didirikan untuk melakukan upacara pengebumian umat Islam, termasuk mengkafankan jenazah.
Sementara itu,Timbalan Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turkiye, Burhan Isleyen berkata, usaha untuk mengebumikan mayat yang ditemui dari runtuhan adalah tindakan yang rumit.
Katanya buat masa ini pihaknya telah berjaya mengebumikan 10,000 jenazah dan proses dilakukan dengan segera.
Gabenor bandar Kirikkale, Bulent Tekbiyikoglu pula berkata, pihak berkuasa bergelut dengan masalah memperoleh dan mengebumikan mayat sejak gempa bumi.
Beliau berkata, kakitangan Ghassals, perkhidmatan pengebumian jenazah Islam sudah bekerja bergilir-gilir bagi menguruskan mangsa bencana itu.
Waris juga bekerjasama dengan penyiasat untuk mengenal pasti mayat ahli keluarga mereka yang terkorban.
Pada masa sama, ramai lagi yang masih menunggu untuk mencari mayat ahli keluarga masing-masing. - KitaReporters