Kemas kini rekod Tanah Rizab Melayu! Yang diambil, dinyahwarta perlu diganti segera! Elak salah guna!
Published by
KitaReporters
--title--
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) memandang serius pengurangan Tanah Rizab Melayu (TRM) beberapa negeri yang dilaporkan oleh Menteri Sumber Asli , Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 29 Mac 2023.
Mengikut statistik yang didedahkan, negeri Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, TRM di 3 negeri berkenaan menyusut sepanjang 2021-2022. Kedah sendiri berkurangan lebih 5,000 hektar .
TRM adalah dilindungi di bawah Perkara 82 Perlembagaan Persekutuan. Bukan sahaja ia tidak boleh bertukar tangan kepada bukan Melayu, malah sebarang pengambilan perlu diganti dengan saiz dan sifat yang sama.
Sementara Teras percaya pembangunan TRM terbantut akibat pemilik tanah tidak mampu membangunkannya, namun kami berpendapat pihak kerajaan negeri perlu mencari jalan keluar agar TRM menjadi aset yang produktif.
Pada era masa kini yang memungkinkan pelbagai kaedah diguna untuk membangun aset tanah boleh dilakukan , kerajaan negeri tidak harus membiarkan TRM menjadi aset tidak produktif.
Kerajaan negeri yang berkenaan perlu segera menyemak kedudukan TRM yang sedia ada dan memastikan proses penggantian dilakukan jika TRM telah dinyahwartakan dalam rekod.
Semakan perlu dilakukan dengan memastikan antara apa yang ada dalam rekod Pejabat Tanah sama dengan apa yang ada di lapangan.
Kes status TRM di lapangan sudah bertukar tangan padahal dalam rekod masih tercatat TRM masih wujud perlu semak dengan teliti .
Terdapat kes TRM tergadai akibat pemilik terlibat dengan hutang dengan institusi kewangan.
Teras mengusulkan data TRM dikemas kini untuk memastikan gejala penyusutan TRM tidak berlaku di luar pengetahuan pihak berkuasa.
Menteri Besar negeri-negeri di mana TRM menyusut perlu mengambil tanggungjawab supaya gejala salah guna TRM tidak berlaku.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu
7
11
0
16
0