Tonton video dalam YouTube KitaReporters di https://youtu.be/zcFTC9QCSBQ?si=YHsOwSUP1jTtIBoe (jika video disekat)


Hakikatnya tiada pilihan lain untuk rakyat Palestin pertahankan diri dan bumi mereka. Pihak aparteid Israel tidak pernah tunduk kepada rundingan dan undang-undang antarabangsa sepanjang kewujudannya. Sudah 75 tahun warga Palestin mengalami kesengsaraan paling berat di bawah penguasaan haram aparteid Zionis yang didukung oleh AS sepenuhnya.

Sebagai penyamun, penjenayah dan terroris, Israel bermaharajalela di bumi Palestin dengan persenjataan termoden di dunia.
Sebagai akibat daripada serangan luar jangka Hamas pada 7 Oktober 2023 lalu, kini AS berpendirian Israel berhak bertindak balas untuk mempertahank diri. Selanjutnya dengan spontan,  seluruh bantuan ketenteraan besar-besaran dihantar oleh AS kepada negara aparteid Israel.
Sejak operasi serangan aparteid Israel ke atas Gaza, AS telah mengisytiharkan bantuan ketenteraan terbesar kepada Zionis Israel. Sehingga hari ke-8, lebih 6,000 serangan pengeboman udara  dilancarkan oleh Israel yang tidak mempeduli nyawa 2 juta mangsa awam di Gaza.


Sejak penubuhan Israel, AS telah memperuntuk bantuan ketenteraan berbilion-bilion dolar setiap tahun kepada negara aparteid itu.

Semua bantuan ketenteraan AS itu hanya untuk memastikan aparteid Israel dapat meneruskan kependudukannya di bumi Palestin dan terus-menerus memperluas wilayahnya untuk mencapai matlamatnya, iaitu The Greater Israel.

Pembiayaan ketenteraan AS kepada Israel bernilai USD$3.8 bilion pada 2023, sebagai sebahagian perjanjian USD$38 bilion selama 10 tahun ditand tangani di bawah Presiden Barack Obama pada 2016. Antara 1946 dan 2023, AS  menyokong Israel dengan sejumlah USD$124 bilion dalam bentuk ketenteraan dan pertahanan.
Namun, AS tahu bahawa bantuan itu diguna oleh aparteid Israel, terutama untuk penguasaan dan cengkamannya ke atas Palestin, termasuk melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan. 
Dalam peperangan terkini antara pejuang Hamas dan aparteid Israel, AS telah mengerah bala tenteranya berbentuk kapal kurier termahal  untuk membawa jet pejuang F35, helikopter tempur dan amunasi  (peluru) bagi mengukuhkan lagi serangannya ke atas Gaza. 
Natijahnya dapat disaksi di Gaza sekarang ini. Seluruh persenjataan AS diguna untuk membunuh dan menghancurkan Palestin serta seluruh penduduknya termasuk wanita dan kanak-kanak.   
Dengan yang demikian,  tidak ada pilihan lain lagi untuk mempertahan Gaza dan Masjid Al-Aqsa selain daripada menghantar bantuan senjata kepada pejuang Palestin di bawah Hamas.

Tonton video dalam YouTube KitaReporters di https://youtu.be/UMvPPX55ZDI?si=DWTqW5CQrAoUGy6n (jika video disekat)

Dunia Islam tidak boleh menafikan hak bertindak balas terhadap pencabulan Israel ke atas Palestin dan Baitulmaqdis hanya dapat dilakukan dengan memperkukuh kekuatan persenjataan Palestin.

Dengan keadaan yang amat kritikal di Gaza, serangan darat aparteid Israel yang bakal berlaku, malapetaka kemanusiaan terbesar akan disaksikan.
Jika aparteid Israel, sebagai  penjenayah dan terroris, dibenarkan dengan dibantu oleh AS dan kuncu-kuncunya, kenapa Palestin, sebagai mangsa selama 75 tahun, tidak boleh dibantu mempertahan diri dan kesucian Masjid-Al Aqsa?  
Warga Palestin sangat kecewa terhadap sikap negara Islam yang dilihat tidak mahu campur tangan secara efektif untuk menyekat keganasan Zionis Israel. Nyawa Palestin seolah-olah lebih murah daripada nyawa haiwan.
Hamas mengambil sikap perlawanan yang satu-satunya terpaksa dilakukan ialah melancarkan serangan militari untuk menamatkan penaklukan aparteid Israel.
Dunia Islam tidak lagi boleh hanya menjadi pembicara atau pemerhati semata-mata.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

10
13
0
14
0

Copy Link: