Rapatkan jurang defisit sosial! Keluarga main peranan utama hakis rasa syak wasangka! - Ismail Sabri

Published by
KitaReporters


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya pendekatan untuk memupuk semangat perpaduan di negara ini diubah bagi memastikan hasrat tersebut benar-benar tercapai.

Beliau berkata, selepas 66 tahun merdeka tahap perpaduan di negara ini masih di takuk lama dan masih timbul rasa syak wasangka di antara satu sama lain. 
"Kesepaduan sosial bukan hanya pada makanan atau pakaian tetapi cara pemikiran untuk memahami secara mendalam kepelbagaian yang wujud di negara ini bagi mencari titik persamaan.
"Defisit sosial sukar untuk dielakkan di negara ini tetapi jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza ini harus dirapatkan melalui usaha berterusan di setiap lapisan masyarakat.
"Mengubah pola pemikiran atau persepsi ini harus bermula di rumah. 
"Kerajaan dan pemimpin hanyalah pemangkin untuk mengubah paradigma tetapi keluarga yang perlu memainkan peranan utama bagi menghakis rasa syak wasangka terhadap ras, kepercayaan dan perbezaan warna kulit," katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia berkata demikian dalam kolum tetapnya, Jalar Fikir yang disiarkan daqlam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini (2 September 2023).
Ismail Sabri berkata, rakyat negara ini perlu hidup dalam sebuah keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia yang saling lengkap melengkapi bukannya terpisah atas kepentingan peribadi dan politik.  
"Saya percaya Kerajaan hari ini turut menyedari hakikat itu. 
"Enam nilai teras dalam dasar Malaysia Madani menitikberatkan soal perpaduan khususnya nilai kedua, keempat dan keenam iaitu Kesejahteraan, Hormat dan Ihsan.
"Konsep yang baik ini tidak memberikan sebarang makna sekiranya ada individu yang tindak dan tanduk serta ucapan mereka membentuk pemikiran rakyat masih dikongkong dengan pemikiran sempit," katanya. - KitaReporters/Kenyataan Media

9
7
0
18
0

Copy Link: