Akhirnya! Raja Charles III ditabalkan Raja England pada 6 Mac 2023! Memerintah 2.5b penduduk dunia!
Published byCHARLES Philip Arthur George akan jadi Raja England atau dikenali sebagai Raja Charles III dan pemerintah jajahan takluknya secara rasmi pada Sabtu, 6 Mac 2023 dalam satu acara pertabalan gilang gemilang yang menjadi kebanggaan kerajaan beraja yang berusia lebih 1,000 tahun itu.
Charles, 73, menunggu lebih 70 tahun untuk menaiki takhta kerajaan yang merupakan pewaris yang paling lama dalam sejarah Britain selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II @ Elizabeth Alexandra Mary Windsor pada 8 September 2022 di Istana Balmoral Scotland ketika usia 96 tahun.
BBC News dalam laporannya, pertabalan itu dimulakan lebih 900 tahun, bertempat di Westminster Abbey apabila William the Conqueror dimahkotakan sebagai raja pertama dan Charles menjadi orang yang ke-40.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan keluarga diraja England
Ratu Elizabeth II memakaikan mahkota Charles sebagai sebagai Putera Wales pada 1969
Dalam keadaan sebahagian besar masyarakat Eropah melihat sistem beraja sudah tidak lagi relevan pada masa kini dan satu bebanan kepada ekonomi negara. Charles akan menaiki takhta itu bersama Camilla yang akan dikenali sebagai Tuanku Permaisuri dalam satu acara negara yang dijangka menelan belanja jutaan pound.
Selepas bondanya mangkat, secara automatik Charles menjadi raja tetapi dia kena melalui tempoh berkabung.
Charles akan dikenali sebagai Seri Paduka Baginda atau Paduka Baginda Raja Charles III, Rahmat Tuhan untuk United Kingdom of Great Britain dan Utara Ireland serta seluruh alam dan jajahan takluknya, Raja dan Ketua Negara Komanwel dan Pelindung agama (Charles the Third, by the Grace of God of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of His other Realms and Territories, King, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith).
Ratu Elizabeth II menaiki takhta pada Jun 1953 selepas kematian ayahnya pada Februari 1952.
Ratu Elizabeth II ditabalkan dengan penuh kemeriahan pada 1953. - Kredit gambar: BETTMANN/CORBIS
BBC News melaporkan pertabalan kali ini dijangka ringkas saja berbanding ketika Ratu Elizabeth yang dulunya dihadiri oleh 8,000 kenamaan dengan 16,000 orang berarak, memakan masa lebih 45 minit untuk melepasi satu-satu hentian dalam perjalanan sejauh 7 kilometer (4.3 batu).
Bagaimanapun atur cara pertabalan itu masih dirahsiakan dengan kawalan ketat di bawah kod nama - Operation Golden Orb.
"Raja Charles akan menjadi ketua negara kerajaan Komanwel dan jajahan yang merdeka membabitkan 56 negara dengan 2.5 billion penduduk dan pada 14 negara lain termasuk Australia, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Canada, Grenada, Jamaica, Papua New Guinea, St Christopher adan Nevis, St Lucia, St Vincent serta the Grenadines, New Zealand, Solomon Islands, Tuvalu.
Charles III, memiliki gelaran Putera Wales dan Earl of Chester, D
Dia dilahirkan pada 14 November 1948, di Istana Buckingham, London, England .
Pakar barang kemas menganggarkan mahkota yang akan menghiasi kepala raja itu dilaporkan bernilai RM15 bilion dan RM25 billion (£3 billion and £5 billion). Majalah Tatler pernah mencatatkan berlian 317-carat Cullinan II di tengah mahkota itu saja dianggarkan RM2.05 billion ( £400 million) nilaian pada 19 Sept 2022 .
Jurucakap Istana Buckingham memberitahu, meskipun pertabalan itu sebahagian daripada acara adat tradisi sejak zaman berzaman, ia tetap mengambil kira kehendak semasa dan fungsi keluarga diraja memainkan peranannya pada masa depan. - KitaReporters