Zionis sekat ke Masjid Al-Aqsa! Kecuali warga emas! Masjid lenggang! Penduduk solat di kaki lima!

Published by
KitaReporters


PEPERANGAN di Gaza telah menginjak lebih lima minggu dan sepanjang tempoh itu hampir 11,000 rakyat Palestin yang syuhada termasuk kanak-kanak angkara terkena serangan aparteid Zionis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kehidupan rakyat di Gaza penuh dengan air mata itu bukan sekadar dihujani bom sepanjang masa tetapi sekatan ketat juga menghalang untuk mereka menunaikan tanggungjawab kepada pencipta.

Di Baitulmaqdis yang menjadi lokasi Masjid al-Aqsa turut terkesan dengan sekatan ketat oleh tentera rejim aparteid Israel yang melarang penduduk Palestin memasuki masjid berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat pada 10 Novermber 2023 lalu.



Tindakan berkenaan yang berlarutan sejak lima minggu lalu tidak mematahkan semangat rakyat di wilayah terkepung ala kem tahanan itu.

Mereka tetap teguh berdiri meskipun terpaksa menunaikan tanggungjawab itu di jalanan di luar kawasan masjid tersebut.

Pegawai di Jabatan Wakaf di Baitulmaqdis yang dipetik agensi berita Anadolu, memaklumkan hanya 4,000 rakyat Palestin dibenarkan memasuki masjid berkenan.

Kesemua yang dibenarkan masuk tersebut adalah golongan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.



Susulan sekatan ketat yang dilakukan menyebabkan masjid berkenaan kelihatan lenggang dan sunyi.

Sejak awal pagi lagi, pasukan tentera dikerahkan mengawal setiap penjuru di kawasan masjid termasuk di Kota Lama dan pintu utama menuju ke masjid Al-Aqsa. 

Meskipun dihalang namun umat Islam di wilayah berkenaan tetap menjalankan tanggungjawab mereka kepada pencipta dan menunaikan solat Jumaat di jalanan berhampiran kawasan Kota Lama.

Hebatnya rakyat Palestin meskipun diugut namun kesetiaan kepada Pencipta tetap diutamakan. - KitaReporters


 

 

6
13
1
17
0

Copy Link: