Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Ogos 2023 


Bagi menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Tun Dr. Ismail Al-Haj (Dr Ismail Abdul Rahman) yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum, Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk membentuk Kursi Tun Dr. Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Usaha serta pengiktirafan ini adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menyemangati sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung Tun Dr. Ismail Al-Haj khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum. 

Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini. 



12
15
0
9
0

Copy Link: