Kami merakamkan kekecewaan dan kemarahan terhadap kuasa Barat terutama Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang mengkhianati warga Palestin khususnya Gaza. 

AS sudah hilang tanggungjawab moralnya untuk berbicara soal hak manusia, keadilan mahupun demokrasi. 

Manakala badan dunia seperti PBB tidak bertindak tegas dan tunduk kepada kuasa Barat dan lobi Israel sehingga tidak mampu menguatkuasakan puluhan resolusi mengenai keganasan Israel yang dilulus di UNGA.

Kegagalan melindungi rakyat awam di Gaza malah membekal senjata pembunuh kepada Israel bermakna AS turut terlibat dan harus didakwa di Mahkamah Dunia. 

Atas nama hak Israel mempertahan diri, AS telah merestui malah menaja jenayah genosid dan jenayah perang oleh Israel ke atas Gaza. 

Jelas AS bersubahat dan bersekongkol (complicite) dengan Israel untuk membunuh kanak-kanak serta wanita dan menghancurkan prasarana awam seperti hospital dan tempat kediaman yang penting untuk kehidupan asas. 

Malah penyambung hayat seperti air elektrik dan sumber tenaga juga menjadi sasaran serangan Israel. Akibatnya nyawa seluruh warga Gaza berada di hujung tanduk.

Israel tidak menghiraukan keputusan ICJ. Malah lebih berat lagi ialah Israel terang-terangan meningkatkan lagi serangan ke atas Gaza dengan membunuh ratusan nyawa setiap 24 jam sejak keputusan ICJ diumumkan. 

Tidak mengejutkan, Amerika merestui Israel meneruskan operasi militarinya yang melanggar Konvensyen Geneva.


Kredit foto: Sumberkini


Dengan yang demikian kami daripada gabungan NGO seMalaysia mengumumkan hari ini (4 Januari 2024) melancarkan Siri Jelajah negeri ke negeri menjelang Perhimpunan Mega Bersolidariti Bersama Palestin yang akan diadakan pada 2 Mac 2024 nanti di Kuala Lumpur.

Siri Jelajah ini dijangka seperti berikut : 

  1. Alor Setar - 5 Februari 
  2. Negeri Sembilan - 8 Februari 
  3. Kota Bharu - 14 Februari
  4. Kuantan - 16 Februari 
  5. Johor Baharu - 18 Februari
  6. Pulau Pinang - 27 Februari 

Tujuan Jelajah ini adalah untuk mengalakkan rakyat daripada pelbagai ras dan agama dari seluruh negara untuk hadir perhimpunan pega nanti.

Kami berpendirian Malaysia harus lebih menonjol untuk menyuarakan pandangannya terhadap isu Palestin sebagai isu kemanusiaan dan keadilan sejagat.

Kami menyeru agar rakyat dan kerajaan menyemarakkan kesedaran dan kepedulian terhadap perjuangan mengembalikan hak, kedaulatan dan kemerdekaan Palestin .

Suara rakyat sangat penting supaya langkah yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini didukung dalam memberi tekanan yang kuat kepada Israel. Kerajaan setakat ini amat lantang dan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia tidak berkompromi dengan keganasan Israel.

Kami menyeru perhimpunan mega nanti akan melibatkan seluruh segmen masyarakat, NGO serta seluruh aktivis parti politik. 

Dalam isu Palestin, kami berpendirian ia berkait dengan isu universal merentas semua kelompok yang cintakan kebenaran dan keadilan.

Tema yang kami pilih dalam jelajah dan perhimpunan mega nanti adalah "Jom Berhimpun Hentikan Genosid" bagi mendesak penguatkuasaan keputusan ICJ terhadap Israel. 


Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Pengerusi Perhimpunan Mega Palestin dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Bagi pihak:

▪ SHURA

▪ MANAR

▪ Sekretariat Solidariti Palestin

▪ ABIM

▪ Biro Antarabangsa Parti Amanah 

▪ Persatuan Daya Masyarakat Malaysia 

▪ MAPIM

▪ BDS

▪ ACCIN

▪ PPIM

▪ Asean Peole's Coalition for Palestine.

▪ Friends of Palestine

▪ PKPIM

▪ PUM

▪ Citizens International

▪ HALUAN

▪ WADAH

▪ Persatuan Ulama Kedah

▪ Jaringan Muafajat NGO Islam Perak

▪ MyCare

▪ AMMAR 

▪ Permuafakat Pulau Pinang

▪ DMDI

▪ IKRAM

▪ SEJAGAT

▪ PAKSI

▪ Malaysia Kashmir Youth Forum

▪ Sekretariat Palestin Malaysia

▪ TERAS

▪ SALIMAH

▪ Movement for Monetory Justice 

▪ PEDULI INSAN

▪ PCOM

▪ IREACH

▪ Cakna Palestin

▪ Jaringan Persaudaraan Masjid Serantau.

▪ Persatuan Belia FELDA

▪ Inisiatif Madani Serantau

▪ Persatuan Peduli Dhuafa Dan Pengupayaan Masyarakat 

▪ Sekretariat Jaringan Persahanatan Surau Shah Alam

▪ Inisiatif Madani Darul Aman 

▪ Sekretariat Madani Tambun

▪ MyChild International

▪ Persatuan Majlis Angkatan Perpaduan.

▪ Pertubuhan Jaringan Anak Melayu Kuala Rimau Kedah

▪ Humanitarian and Justice International Cambodia.

▪ IMIM

14
9
0
12
0

Copy Link: