Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih dan mengusir penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza tidak dapat diterima sama sekali dan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh Malaysia serta dunia.

Ini adalah satu tindakan yang tidak masuk akal kerana jelas ia adalah langkah untuk melaksanakan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata atau peperangan. 

Sikap dan tindakan Trump ini sama seperti krisis pengusiran penduduk Palestin dari Baitulmaqdis Timur oleh Israel sejak 1950-an dan juga semasa peperangan pada tahun 1967 di mana baki tanah Palestin dirampas, termasuk Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza. 



Kegilaan Trump dan sekutunya, Benjamin Netanyahu harus dihentikan dengan segera. Tindakan mereka ini sudah melanggar undang-undang antarabangsa. 

Ini adalah soal kemanusiaan, sampai bila kita mahu melihat rakyat Palestin diusir dan dibunuh di tanah mereka sendiri? 

Amat malu jika AS, sebuah negara yang mahukan keamanan di Asia Barat dan sering menyokong hak asasi manusia, tetapi kini sedang giat mahu mengusir penduduk Gaza. 

Seharusnya pentadbiran AS menyalurkan dana dan sumbangan bagi membantu membangunkan infrastruktur asas seperti hospital dan sekolah di Palestin akibat peperangan yang berpanjangan. 

Dunia khususnya negara Islam perlu bangun dan bangkit menentang kegilaan ini. Penyelesaian kekal untuk isu ini hanya satu, berikan hak rakyat Palestin. Usah biar Palestin lenyap daripada peta dunia. 


Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob 

Bekas Perdana Menteri Malaysia


5
17
0
13
0

Copy Link: