Opah Ngomel| Seorang keluar jel! Seorang larikan diri! Nasib 2 wanita yang juga bekas PM Bangladesh!

Published by
KitaReporters

Sheikh Hasina with her son Sajeeb Wazed Joy and daughter Saima Wazed.

Sheikh Hasina Wazed dengan anak lelaki dan perempuannya, Sajeeb Wazed dan Saima Wazed. - Kredit gambar: Hindustan Times



DUNIA politik Bangladesh kembali bergolak dan menukar takdir hidup dua wanita bangsawan. 

Sheikh Hasina Wazed, 76, dan sahabat baik sekali gus musuhnya, Begum Khaleda Zia, 78, dengan seorang menjadi pelarian dan seorang lagi "banduan" bebas daripada tahanan rumah sempena hari jadinya pada 15 Ogos.

Kedua-duanya berasal daripada keluarga kaya raya dan sepanjang kemerdekaan Bangladesh, dua wanita ini saling bersaing dalam pilihan raya untuk merebut kerusi Perdana Menteri. 

Kini timbul tanda tanya sama ada Begum Khaleda akan meneruskan "Perjuangan Begum - Battle of the Begums" untuk  Bangladesh.

Hasina dan Khaleda pernah bergabung menentang pemimpin tentera Hossain Mohammad Ershad pada 1990. Tapi persaingan merebut jawatan membuatkan mereka menjadi berkawan dan berseteru.

Hasina yang kini dikenali sebagai bekas PM, yang memerintah hampir tiga penggal, telah melarikan diri ke India selepas "dihambat" oleh rakyatnya. Pada masa yang sama pula Begum Khaleda Zia pula dibebaskan dari tahanan rumah serta merta sebaik protes memuncak.



An aerial view shows anti-government protestors storming Bangladesh's ousted Prime Minister Sheikh Hasina's palace in Dhaka on Aug 5, 2024. AFP photo

Istana Hasina "dibakar" penunjuk  perasaan pada 5 Ogos 2024. - Kredit gambar: AFP dan Straits Times.


Hasina melarikan diri dengan keluarganya menggunakan helikopter yang mendarat di lapangan terbang Hindon di India apabila penunjuk perasaan majoritinya pelajar yang digelar sebagai protes Gen Z, membuat demostrasi besar-besaran yang meragut nyawa lebih 400 penduduk. 

Pelajar marah apabila kouta pekerjaan diberikan kepada kumpulan tertentu yang dikatakan yang kemungkinan ada "kabel besar" dan rasuah yang menguasai seluruh kehidupan rakyat jelata.

Marahnya rakyat negara itu kepada Hasina yang juga anak pengasas Bangladesh, Sheikh Mujibur Rahman dan ibunya negarawati, Sheikh Fazilatunnesa Mujib itu membuatkan mereka tidak segan silu lagi menceroboh masuk istana dan merosakkan sebahagian besar kediamannya itu. 

Pelajar itu juga turut membakar rumah bapanya selepas menemui kubur mayat penunjuk perasan, dan kemudian menumbangkan patung bapanya.




Malah dalam satu paparan dalam TikTok, mereka sedang bersukaria makan minum di dapur yang mungkin tidak sempat dijamah oleh keluarga Hasina. Tidur di atas katilnya, merosakkan harta benda di ruang tamu, membawa lari kerusi meja, lampu, cadar dan tidak kurang dapat curi ayam, itik, televisyen, playstation, peti sejuk sehingga  seluar dalam.

Dalam negara yang dihuni oleh 170 juta penduduk itu, masalah rasuah dikatakan berleluasa dan berpanjangan. Berdasarkan laporan Reuter, dalam rangking bank utama dunia, Bangladesh dilaporkan negara paling teruk dikuasai rasuah walaupun penduduknya, 90 peratus beragama Islam.

Agensi berita dan Wikipedia mencatatkan sejak 2001, rasuah dalam sektor awam dianggap sebagai "endemik, kronik dan berlaku pada semua peringkat pentadbiran dan boleh rasa serta lihat dengan ketara." Ada juga mengaitkan dengan campur tangan negara asing. 

Buat sementara waktu, pelajar kini mengawal lalu lintas dan pemenang anugerah Nobel serta yang juga ahli perbankan terkenal, Muhammad Yunus, 84, mengetuai kerajaan sementara.




Hasina adalah anak negarawan Mujibur Rahman yang mengasaskan kemerdekaan Bangladesh yang sebelum itu dikenali sebagai Pakistan Timur.  Sheikh Hasina mewakili Parti Liga Awam mengambil tampuk pemerintahan pada 6 Januari 2009 dan sekali lagi pada 2014 selepas Khaleda dari Parti Nasional Bangladesh (BNP) memboikot pilihan raya.

Hasina yang berkahwin dengan pakar fizik disenaraikan sebagai 100 orang berpengaruh dan 100 wanita berkuasa di dunia oleh Forbe selama tiga kali sejak 2015.

Anak Hasina, Sajeeb Ahmed Wazed memberitahu wartawan selepas selamat tiba, "Ibu saya tidak akan sesekali menjejak kakinya lagi ke Bangladesh. Seluruh keturunan kami tidak akan pulang lagi. Apa yang penunjuk perasaan lakukan menghancurkan patung datuk dan menghalau ibu satu hinaan yang sangat keji.

"Ibu sudah berterus-terang, tiada seorang lagi anaknya akan pulang ke Bangladesh," katanya.



Sementara ketika negara itu kembali normal, sahabatnya, Begum Khaleda bolehlah menganggap kebebasan itu sempena hari harinya 15 Ogos 1945.  Dia pernah menjawat Perdana Menteri Bangladesh dari 2001 hingga 2006. Beliau dilantik pada 1991 hingga ke 1996, sebagai perdana menteri wanita pertama di negara itu.

Beliau merupakan balu kepada presiden Ziaur Rahman, dan mengetuai parti suaminya Parti Nasionalis Bangladesh (BNP). 

Tiada tanda-tanda dia akan kembali terbabit dalam politik kerana keadaan penyakitnya tidak membolehkan dia kembali aktif dalam politik. Khaleda pernah dibenarkan ke luar negara untuk rawatan. - KitaReporters

20
14
0
12
0

Copy Link: