PRN Terengganu| Tiada poster boy bagi BN-PH! Pastikan kemenangan dahulu! Hak sultan untuk lantik MB!
Published byBARISAN Nasional (BN) Terengganu memutuskan tiada “poster boy” untuk dijadikan kempen dalam kalangan calon pari itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, matlamat BN
adalah untuk memastikan kemenangan terlebih dahulu dan kembali mentadbir negeri
itu.
Katanya, "kita tidak ada ‘poster boy’ setakat ini kita guna lambang kita tu sahaja, yang penting biar menang dulu jangan ada angan-angan nak jadi Menteri Besar."
“Pastikan biar kita menang DUN masing-masing menang dengan majoriti yang besar dahulu dan kita serah kepada tuanku kerana itu adalah hak mutlak Sultan Terengganu untuk melantik siapa Menteri Besar,” katanya lagi.
Dr Ahmad Said
Ahmad Said berkata semua 27 calon dari BN sudah menerima watikah untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 12 Ogos 2023 ini. Manakala selebihnya lima lagi diserahkan kepada komponen Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini, senarai calon BN Terengganu
yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat (21 Julai 2023) lalu,
tidak berubah.
Ketika melancarkan manifesto BN Terengganu pada Rabu 26 Julai 2023, Ahmad Said berkata, kesemua 27 calon BN Terengganu itu belum disahkan bertanding berikutan pihaknya perlu membuat rombakan dan pertukaran calon.
Beliau amat mengharapkan pihak yang tidak tercalon akur dengan keputusan itu dan bekerjasama dalam sebuah parti untuk menang PRN negeri itu.
"Sebab itu, kita perlu berjiwa besar dalam parti kalau takdir tidak ada nak buat macam mana, sama macam makanan letak dalam mulut pun jatuh lagi bukan rezeki lagi.
“Kita pertahan parti mana tahu akan datang ada rezeki tercalon sebab itu calon-calon yang tak bertanding kita bekerjasama dengan calon yang bertanding, kita letak parti di hadapan terlebih dahulu,” ujarnya. - KitaReporters
Dr Ahmad Said bersama calon-calon BN Terengganu menunjukkan watikah yang diterima dari parti.