Berikut adalah terjemahan Kenyataan Rasmi Sempena Pengumuman Perjanjian Gencatan Senjata di Gaza oleh pergerakan Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyah (Hamas), pada 15 Jan 2025:

Perjanjian ini adalah hasil daripada ketahanan luar biasa rakyat Palestin dan penentangan berani pejuang-pejuang kami selama lebih 15 bulan.

Perjanjian untuk menghentikan pencerobohan ke atas Gaza ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk rakyat kami, perjuangan kami, umat Islam, dan dunia secara keseluruhan. 

Perjanjian ini adalah tanggungjawab kami terhadap rakyat kami yang tabah di Gaza untuk menghentikan pencerobohan rejim Zionis, menghentikan pertumpahan darah, dan pembunuhan beramai-ramai.

Kami merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Arab, Islam dan antarabangsa yang bersolidariti dengan Gaza dan berdiri bersama rakyat kami membantah pencerobohan dan pembunuhan yang berlaku.

Kami mengucapkan terima kasih kepada mediator yang telah melakukan usaha yang besar untuk mencapai persetujuan ini, terutamanya Qatar dan Mesir. - KitaReporters/Kenyataan Media





19
9
0
6
0

Copy Link: