Advokasi terpuji! Malaysia tak hanya bicara lantang! Lakukan usaha diperlukan rakyat Palestin! - MAPIM

Published by
KitaReporters


Kredit foto: FB Khaled Nordin


Kami menyatakan sokongan penuh dan memuji kerajaan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim membawa mangsa yang cedera di Gaza akibat genosid Zionis Israel, mendapat rawatan di Malaysia.

Malaysia menjadi negara pertama di rantau ini mengambil inisiatif yang sangat wajar ini sebagai usaha konkrit membantu mangsa perang di Gaza.
Usaha ini adalah terpuji kerana sebagai negara yang konsisten membantu rakyat Palestin, menghulur bantuan seperti ini , walaupun kecil, sangat bermakna.
Mereka yang tercedera di Gaza kini mencecah lebih 90,000 orang, manakala yang terbunuh telahpun melebihi 40,000 termasuk  lebih 16,000 kanak-kanak.
Kami memuji langkah kerajaan Malaysia Madani yang membuktikan kesungguhan untuk bukan hanya berbicara lantang semata-mata tetapi telah melakukan usaha nyata yang sangat diperlukan oleh rakyat Gaza .


Selain bantuan kemanusiaan yang dihantar secara berterusan ke Gaza antara pihak kerajaan dan NGO kemanusiaan di Malaysia, usaha advokasi yang aktif untuk memghentikan genosid Israel perlu digerakkan pada peringkat antarabangsa .
Kami menyarankan kerajaan Malaysia berperanan secara lebih berkesan untuk mengembleng usaha diplomatik menekan Israel tunduk kepada keputusan mahkamah antarabangsa.

Malaysia harus meningkatkan lagi peranan pada peringkat antarabangsa untuk menghentikan perang melalui genjatan senjata yang berkekalan dan menggesa PBB untuk menghukum Israel yang melanggar seluruh undang-undang antarabangsa .

Sehingga kini israel masih berwewenang meneruskan jenayah genosid dengan lebih ganas kerana mendapat perlindungan sepenuhnya oleh Amerika Syarikat dengan sekutunya.


Kami menggesa lebih ramai mereka yang tercedera di Gaza dapat diselamatkan dengan meningkatkan bantuan rawatan yang diperlukan di Gaza.
Kami menyarankan sebuah hospital Malaysia di Gaza dapat diwujudkan bagi merawat mereka yang tercedera.
Kami mengutuk kezaliman Israel yang memusnahkan seluruh sistem kesihatan dan rawatan di Gaza dan menyekat kemasukan bantuan ubatan dan peralatan di hospital  yang masih berfungsi di Gaza.
Kami menggesa Malaysia bergabung dengan negara-negara Islam dan bukan Islam yang pro-Palestin untuk menghantar tentera pengaman memberi perlindungan kepada rakyat Gaza.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

10
15
0
6
0

Copy Link: