Dari Sabtu, 7 September hingga 7 Oktober 2024 ini akan menetapkan kiraan detik satu tahun pembunuhan beramai-ramai Israel-AS di Gaza.
Selepas satu-satunya pencapaian yang diperolehi oleh kempen ketenteraan Israel-AS ialah pembunuhan lebih 50,000 orang awam  dan kemusnahan hampir setiap infrastruktur di Gaza, keganasan Israel-AS setahun di Gaza juga akan dianggap sebagai jenayah perang yang paling teruk dalam sejarah moden.
Kami memberi amaran kepada kerajaan dunia di bawah PBB, bahawa seluruh dunia akan menjadi saksi kepada pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di kawasan paling padat penduduk di dunia iaitu Gaza.
Pembunuhan beramai-ramai setahun Israel-AS yang sebegitu besarnya di Gaza tidak boleh diharapkan kepada negara haram zionis penjenayah Israel untuk memutuskan sama ada menghentikan pencerobohan atau meneruskan jenayah genosid.
Nampaknya Israel bertegas mahu memusnahkan Gaza. Dan dunia terus berdiri dan masih memerhati.
Masyarakat dunia dilihat hanya terdiri tanpa sebarang tindakan konkrit.  Kehidupan orang Gaza nampaknya adalah atas belas kasihan Israel-AS.  

Tidak ada satu tindakan konkrit untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh PBB atau OIC selain daripada hanya bermesyuarat dan menghasil keputusan yang tidak boleh dilaksanakan.




Kami menyeru masyarakat dunia bertindak tegas. Zionis Israel tidak akan tunduk kepada mana-mana undang-undang antarabangsa atau keputusan yang mengikat daripada PBB. Ia telah terbukti sebagai negara yang keras kepala dan tanpa undang-undang. 

Kini , bahkan di luar jangka bahawa bantuan kemanusiaan disekat oleh Israel yang menyebabkan Gaza di ambang kebuluran.
Pembunuhan beramai-ramai setahun Israel-AS di Gaza semakin hampir tanpa kemungkinan gencatan senjata dilihat boleh tercapai kerana masyarakat dunia nampaknya bertolak ansur dengan pertumpahan darah yang berterusan.
Kami menyeru rakyat dunia untuk mengenakan tekanan maksimum kepada semua kerajaan masing-masing untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai Israel-AS ini, sekali gus menuntut akauntabiliti.
Tempoh satu tahun ini mesti dilihat sebagai  pengakhiran kepada Israel.  Israel adalah haram dari semua hujah.  Tidak boleh ditunda lagi  untuk menamatkan pendudukan Israel.
Keluarkan semua penempatan Yahudi , tamatkan kepungan Gaza dan bebaskan Baitulmaqdis dan Al-Aqsa.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

11
11
0
9
0

Copy Link: