.



Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyambut baik dan memberikan sokongan penuh kepada inisiatif Kerajaan Malaysia, khususnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha mempercepat pembangunan semula Gaza, Palestin. 

Kami mengalu-alukan kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun untuk menubuhkan dana pembangunan melalui inisiatif Asia Timur, yang akan memberi tumpuan kepada pembinaan semula infrastruktur penting seperti sekolah, hospital, dan masjid.  

Sebagai sebuah pertubuhan yang komited terhadap keamanan dan kesejahteraan global, GPM ingin memberikan jaminan untuk terus menyokong proses pemulihan Gaza melalui pelancaran #KempenPulihkanGaza yang telah dimulakan pada 16 Januari 2025 yang lepas.



Kempen ini akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek pemulihan yang kritikal, termasuk:

  • Membaiki dan membina kembali rumah serta tempat kediaman yang telah rosak atau musnah.
  • Membangunkan semula pendidikan, termasuk membina kembali Sekolah Tahfiz Siraj Al-Munir yang telah dimusnahkan semasa konflik, dan memberikan sokongan segera kepada pelajar di Gaza agar dapat memulakan pendidikan mereka.
  • Memberikan sokongan perlindungan kepada anak-anak Gaza yang menjadi yatim melalui Kempen Anak Angkat Gaza GPM.
  • Membangunkan ekonomi jangka panjang, termasuk membina semula Ladang Ternakan Ayam Moden serta Kilang Roti bagi memastikan keperluan makanan rakyat Gaza dapat dipenuhi.
  • Meneruskan bantuan kecemasan lain seperti bantuan khemah, makanan asasi, bekalan air bersih, kit kebersihan, dan keperluan kehidupan lain yang amat penting dan mendesak.



GPM percaya bahawa usaha ini bukan sahaja akan memulihkan Gaza dari segi fizikal, tetapi juga memberikan harapan dan kekuatan kepada rakyat Palestin untuk terus bertahan dan membina masa depan yang lebih baik. 

Kami mengajak semua pihak, termasuk rakyat Malaysia dan organisasi masyarakat sivil, untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini.  

Kami berdoa agar usaha ini diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT, serta membawa keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Gaza dan Palestin.  


SYAHRIR AZFAR SALEH

Ketua Pegawai Ekseutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia


10
13
0
15
0

Copy Link: