Kami memuji ‘Negara Palestin’ yang mengambil tempat pertama kali dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Selasa, 10 September 2024 lalu.

Ini mesti diikuti dengan keahlian penuh untuk mencapai kebebasan dan dekolonisasi Palestin.

Walaupun tidak mengejutkan, utusan Israel itu mengecam keputusan Mei yang memberikan delegasi Palestin hak baharu, termasuk mengemukakan cadangan dan pindaan, sebagai 'ganjaran untuk keganasan', kami mengutuk Israel dan penafian berterusannya terhadap hak Palestin, menekankan bahawa Israel adalah pengganas sebenar dalam semua akaun.

Sesi ke-79 Perhimpunan Agung di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 September 2024 adalah detik bersejarah.

Rakyat Palestin mengambil tempat dalam kalangan negara anggota pada Perhimpunan Agung PBB pada hari itu.

Ia adalah hak baharu yang diberikan kepada delegasi Pihak Berkuasa Palestin (PA) walaupun ia bukan ahli penuh badan itu.



Majoriti besar di Perhimpunan Agung itu menegaskan bahawa rakyat Palestin layak menjadi ahli penuh.

Bagaimanapun, langkah itu disekat oleh Amerika Syarikat, yang bersama-sama dengan Israel mengatakan pengiktirafan kenegaraan Palestin mesti datang melalui perjanjian damai. 

Ini tidak masuk akal. Israel dan AS telah mengabaikan semua usaha ke arah perdamaian.

Kami sama sekali menolak dan menentang sekeras-kerasnya veto oleh AS untuk menghalang pengiktirafan Palestin.

Perhimpunan Agung PBB (UNGA) telah membuka lembaran baharu untuk status Palestin. Kini rakyat Palestin boleh mengemukakan cadangan dan pindaan, dan duduk dalam kalangan negara anggota.

Malah dengan menduduki tempat di meja bertanda "Negara Palestin" di PBB, ia adalah episod sejarah selama 75 tahun perjuangan Palestin untuk mendapat keadilan.

Dunia mesti mengutuk kecaman Israel terhadap resolusi UNGA yang terbaharu. Ini sebenarnya adalah narasi kedudukan Israel sebagai penjajah sejak kelahirannya pada 1948.



Palestin mencapai status "negara pemerhati bukan anggota" sejak 2012. Sejak itu ia telah melancarkan semula bidaan keahlian penuh.

Kami mahu syarat untuk menjadi ahli penuh bukan sahaja memerlukan undi oleh Perhimpunan Agung tetapi juga memerlukan pengesyoran Majlis Keselamatan, harus dihapuskan. 

Amerika Syarikat tidak boleh dibenarkan menyalahgunakan kuasa veto apabila memberi Palestin haknya sebagai sebuah negara.

Amerika Syarikat, bukan sahaja menunjukkan keterlibatan penuh dengan pembunuhan beramai-ramai Israel tetapi telah menggambarkan kepada dunia double standard dan hipokrasi tahap tertinggi apabila menyentuh isu hak asasi manusia kepada Palestin.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


9
17
0
12
0

Copy Link: