Dilarang berlabuh! Kapal gunakan bendera Israel! Kapal perjalanan ke Israel muatkan kargo! - PM

Published by
KitaReporters


Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.

Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. 

Kedua-dua sekatan ini juga berkuatkuasa serta-merta.

Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia. - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 20 Disember 2023)


14
8
0
10
0

Copy Link: