Cukuplah tu! Sudah sampai masanya Israel dipecat daripada PBB! Macam negara mafia, penyangak dunia!
Published byKami menegaskan dengan segala pelanggaran Israel terhadap peraturan dunia, resolusi serta piagam PBB, sekarang Israel layak dipecat daripada keanggotaan PBB.
Jenayah Israel terhadap Palestin sangat barbarik. Malah tindakan Israel sekali gus menggugat keamanan dunia serta meneruskan tindakan biadab terhadap kemanusiaan.
Mengikut Artikel 6 dalam Piagam PBB, "Anggota PBB yang berterusan melanggar prinsip-prinsip terkandung dalam Piagam PBB boleh dipecat daripada PBB melalui Perhimpunan Umum (UNGA) setelah direkomendasi oleh Majlis Keselamatan PBB".
Tindakan tentera Netanyahu menyerang Briged Sassari Itali dan UNIFIL (United Nations Interim Force in Lebanon) di Lebanon adalah tindakan yang melampau dan jelas mengisytihar perang ke atas keamanan global.
Sepatutnya tentera pengaman PBB perlu diperkukuh di Lebanon dengan persenjataan yang lengkap. PBB tidak boleh menerima arahan daripada Israel untuk UNIFIL berundur dari Lebanon.
Selain melanggar sejumlah resolusi PBB, Israel kini berperangai seperti negara mafia dan negara penyangak (rouge state) dunia.
Malang sekali, kerana tidak ada keberanian untuk PBB bertindak menyingkirkan keanggotaan Israel daripada PBB disebabkan kuasa veto AS, Israel terus mengganas dan membunuh warga Palestin sewenang-wenangnya.
Kami berpendirian usul memecat Israel harus diteruskan. Israel mesti menerima tekanan maksimum daripada semua anggota PBB.
Walaupun kemungkinan besar usul itu akan diveto oleh Amerika Syarikat, namun kami berpendapat usul itu akan diperbahas secara terbuka dan Israel akan terdedah kepada tekanan daripada sebahagian besar anggota PBB .
Pada hakikatnya Israel bukan sahaja melanggar resolusi, piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, malah telah melakukan jenayah paling ganas.
Israel telah menyasarkan petugas PBB - hampir 200 orang terbunuh - di bawah agensi UNRWA dan memusnahkan segala premis PBB di Gaza (hospital, sekolah, dan pusat kenderaan bantuan kemanusiaan).
Perlakuan di luar batasan ini sama-sekali tidak boleh diterima dan perlu dihukum dengan hukuman paling keras, iaitu melalui pemecatan daripada PBB, menguatkuasakan sanksi (sekatan), menghantar ketenteraan untuk melindungi rakyat Gaza dan memutuskan huhungan diplomatik oleh semua negara di dunia.
Walaupun AS pasti mempertahan Israel, namun AS akan menerima isolasi antarabangsa apabila terus menjadi pembekal terbesar senjata kepada Israel untuk melakukan jenayah genosid paling kejam di Gaza.
Kami menggesa agar Malaysia bergabung dengan negara-negara yang bersedia untuk mengambil tindakan mengusul Israel dipecat dari PBB.
Turkiye, Pakistan, Indonesia serta beberapa negara lain seperti Ireland dan Afrika Selatan, sewajarnya mengambil inisiatif ini.
Kami berpendapat Israel tidak lagi boleh berunding untuk damai dan mengakhiri perang. Israel hanya perlu disekat dan dihukum.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)