WARTAWAN KitaReporters yang juga bekas wartawan Berita Harian, Jamhariah Jaffar adalah antara 20 penerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim sempena Majlis Berbuka Puasa Madani di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu, 20 Mac 2024.

Jamhariah atau dikenali dalam Facebooknya sebagai Jamhariah Coral yang juga wartawan penganalisis politik adalah antara pengasas penternakan batu karang pertama negara yang beroperasi di Pulau Bidong, Teerengganu yang bertujuan memulihara alam sekitar terutama batu karang yang menjadi pelindungan kepada hidupan laut negara ini.

Jamharian kini menjalani rawatan lanjut selepas dikesan mendapat penyakit berkaitan urat saraf.


Dr Wan Azizah Ismail turut bersapa dengan Jamharian. Semoga cepat sembuh.


Jamharian ketika menerima lawatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


No photo description available.

Kenangan terindah. Salah satu foto dalam Facebook Jamhariah pada 9 September 2020.


Sumbangan tersebut adalah daripada Tabung Kasih @ Hawana yang dilancarkan oleh Anwar ketika merasmikan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Ipoh, Perak pada tahun lalu (2023) dengan peruntukan awal sebanyak RM1 juta bagi membantu mereka yang terbabit bertugas dalam bidang media. Turut membantu ialah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Menyedari penerima bantuan berada di meja masing-masing Anwar menyantuni mereka dengan melawat dari meja ke meja untuk bertanya khabar dan turut mengambil kesempatan bertemu dengan bekas pengarang akhbar yang sewaktu ketika turut berkhidmat masa lalu, ketika dia berada dalam kabinet kerajaan. 


May be an image of Yimɓe 7 e binndol


May be an image of Yimɓe 10

Apa khabar semua?


Turut hadir ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution; dan pengarang-pengarang dari pertubuhan media dan portal berita.

Seramai 200 orang pengamal media cetak, elektronik dan dalam talian daripada lebih 70 buah agensi media tempatan termasuk Sabah dan Sarawak, Kelab Media Tempatan dan Antarabangsa serta veteran media diraikan dalam majlis itu.

Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang bertujuan menyantuni dan menghargai petugas-petugas media yang bertungkus lumus menyajikan berita-berita terkini, di samping memupuk ikatan ukhuwah.


May be an image of Yimɓe 12, dais e binndol

Bersolat maghrib bersama PM.


Dalam Facebooknya, Anwar berkata. "Malam ini saya dan Datin Seri Azizah Ismail meraikan rakan-rakan pengamal media daripada pelbagai agensi di kediaman Putrajaya. Dalam majlis ini juga, saya bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada 20 pengamal media yang uzur dan dihimpit pelbagai kesulitan."

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama rakan-rakan lama, wartawan dan pengurusan tertinggi dalam pelbagai agensi media cetak, dalam talian, televisyen dan radio sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.

"Saya percaya media punya peranan penting dalam mengangkat martabat negara dan membantu melonjak pertumbuhan ekonomi negara. Saya turut nyatakan keterbukaan untuk menerima teguran dan pandangan yang berpaksikan hujah dan fakta dalam suasana demokrasi bermakna.

"Terima kasih kepada rakan-rakan yang bekerjasama dan turut hadir menyantuni pengamal media dan menjayakan majlis pada malam ini," katanya. - KitaReporters


May be an image of Yimɓe 7

Kenangan bersama.

11
11
0
12
0

Copy Link: