Lelaki mohon maaf kepada Aeril, Wawa! Selepas hampir disaman! Difitnah jadi influencer berbayar PN!

Published by
KitaReporters


PERMOHONAN maaf seorang individu kepada pasangan suami isteri, Aeril Zafril dan Wawa Zainal selepas membuat dakwaan kedua-dua selebriti tersebut mendapat bayaran dari parti Perikatan Nasional sebagai influencer (pempengaruh) bagi tujuan promosi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi ciapan sebelum ini, pengguna media sosial bernama @azrulazimi mendakwa pasangan selebriti itu dibayar untuk mempengaruhi rakyat menyokong Perikatan Nasional pada pilihan raya umum.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita-berita fitnah



Dakwaan lelaki itu mendapat maklum balas daripada Aeril yang tampil menafikan sebagai fitnah yang tidak berasas serta memberi bayangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu.

“Fitnah ini, sudah banyak kali saya jawab, kali ini terpaksa lafazkan. Demi Allah, satu sen pun saya tidak ambil,” ciap Aeril dalam laman Twitter.

Rata-rata pengguna media sosial menasihati Aeril agar lebih berhati-hati untuk mempromosikan parti-parti politik pada masa akan datang memandangkan status beliau sebagai artis yang dikenali ramai.



“Siapa surah promosikan parti politik, sekarang hadap la,” kata @penyihijau53.

“Tak pikir panjang ke sebelum nak promosi dulu, artis kot, kamu patut tahu lagi hal ini,” ujar @afiann.

“Abang aeril, selepas ini jangan terlibat dengan politik. Sebab tidak semua sependapat, fokus sahaja pada bisnes,” jelas @Asmirsaharuddin. - KitaReporters


9
11
0
13
0

Copy Link: