Kami mencatatkan sokongan kami dalam serangan Hamas dan penaung-penaung Palestin lain baru-baru ini (7 Oktober 2023) ke atas aparteid Israel di wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Tanggapan aparteid Israel bahawa ia berperang dengan Hamas bukanlah sesuatu yang baharu. Israel tidak pernah berdamai dengan Palestin sejak pendudukannya dan telah mencetuskan perang terhadap rakyat Palestin sejak hari pertama kewujudan Israel.

Keupayaan pejuang kemerdekaan Palestin yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk melancarkan serangan yang tidak dijangka sedemikian adalah isyarat jelas bahawa Zionis Israel adalah penjajah yang terdedah kepada tindakan balas pejuang  Palestin. Rakyat Palestin mempunyai semua keazaman dan keupayaan untuk melancarkan serangan balas.



Operasi Tawafan (Operasi Banjir Al Aqsa) yang dilancarkan oleh Hamas bersama pejuang Al-Qassam, Jihad Islam, Al-Quds dan batalion Jenin adalah tindakan balas terhadap penjajahan tentera aparteid Zionis selama berpuluh-puluh tahun dan penjajahan penempatan di bumi Palestin.
Menunjukkan  keupayaan pejuang Palestin untuk menyusup ke dalam pertahanan Zionis yang ada kawalan keselamatan 24 jam , seharusnya membuka mata Israel bahawa ia tidak boleh menganggap dirinya kebal.  

Hamas telah memalukan aparteid Israel kerana dianggap mempunyai rangkaian perisikan yang paling canggih.

Pengabaian banyak negara Arab dalam perjuangan pembebasan Palestin tidak mematahkan semangat penentangan terhadap Israel. Gerakan penentangan telah melahirkan kepimpinan baharu yang semakin teguh dan kreatif dalam menghadapi persenjataan aparteid Israel yang canggih.
Kekejaman aparteid Israel di Gaza yang terkepung dan wilayah Tebing Barat yang ditakluki, ditambah dengan pencarian global untuk membunuh pemimpin gerakan kemerdekaan Palestin memberi ligitimasi penentangan oleh gerakan bersenjata Hamas untuk melancarkan serangan balas.
Operasi ini adalah tindakan balas  yang berani untuk mengubah status quo yang menyaksikan aparteid Israel sering dilihat menang dalam banyak konfrontasi.  Israel telah menimbulkan penderitaan yang mengerikan ke atas rakyat Palestin baik Muslim dan Kristian di tanah yang diduduki selama lebih tujuh dekad.
Namun gerakan penentangan terhadap aparteid Israel telah mengumpulkan lebih banyak kekuatan untuk bertahan.
Serangan itu telah menghantar mesej kuat bahawa perjanjian normalisasi dengan aparteid Israel oleh beberapa negara Arab tidak akan diterima oleh rakyat Palestin.


Tahun 2023 telah mencatatkan insiden keganasan dan pencerobohan tertinggi ke dalam Masjid Al Aqsa.  

Hamas lebih berazam untuk menamatkan pendudukan, serangan dan pencerobohan Masjid Al Aqsa, penghinaan , serangan biadab, perobohan dan rampasan tanah, mengepung  Gaza, layanan tidak adil oleh rejim aparteid, penahanan dan pembunuhan sewenang-wenangnya, penyeksaan terhadap  tahanan dan pembesaran penempatan.

Jenayah terhadap kemanusiaan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa ini telah bertambah buruk dan meningkat dari hari ke hari.
Sesiapa sahaja yang menghadapi realiti ini akan terpaksa melancarkan penentangan dalam situasi sedemikian.  Hamas dan pejuang Palestin yang lain mempunyai alasan yang sah untuk menyerang balas.
Keupayaan gerakan penentangan terhadap aparteid Israel untuk mengambil alih lintasan masuk ke wilayah Israel dan menawan warga Israel baik tentera mahupun orang awam Israel terbukti dengan kesungguhan gerakan penentangan untuk bertindak balas terhadap pendudukan Zionis secara terancang dan berazam.
Ini adalah episod yang belum pernah berlaku sebelum ini yang telah membuktikan bahawa pejuang pembebasan Palestin sama sekali tidak berputus asa untuk menuntut semula tanah mereka dan keupayaan mereka tidak boleh dipandang remeh.


Kami menyatakan solidariti kami dengan gerakan penentangan dan menyeru semua umat Islam dan pemimpin Islam di seluruh dunia untuk menyokong perjuangan membebaskan Palestin.
Sudah lebih 7 dekad kekejaman yang tidak berkesudahan dilancar oleh tentera pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan yang berkesan oleh masyarakat antarabangsa nampaknya tidak berlaku.  Sejak Perjanjian Oslo, realitinya bertambah buruk.  Gerakan penentangan terhadap aparteid Israel adalah satu-satunya kekuatan yang menggerunkan untuk mencabar tentera Zionis.
Kami memberikan sokongan penuh kepada objektif Operasi Tawafan untuk melindungi Masjidil Aqsa.  Usaha berterusan Zionis untuk mencemarkan masjid itu perlu dibalas dengan segala cara daripada semua umat Islam.
Operasi Tawafan Hamas adalah tindak balas terhadap pencerobohan  Zionis ke tempat-tempat suci di Baitulmaqdis. 

Kami menyeru agar umat Islam dan Kristian bergabung untuk membebaskan Al-Aqsa dan semua tempat suci di Baitulmaqdis.

Kami mengesa OIC untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengeluarkan nota solidariti kepada pejuang kemerdekaan Palestin.

Penandatangan:

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Datuk Seri Syekh Ahmad Awang, Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Masjid Al-Aqsa (MANAR)
Dato Wira Syekh Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Syed Syekh Attas, Setiausaha Agung Sekretariat Palestin Malaysia

13
13
0
15
0

Copy Link: