Henti bernostalgia! Orang Melayu kian jauhkan diri! Hanya akar umbi mampu kembalikan kekuatan UMNO!
Published by
KitaReporters
--title--
Parti UMNO tidak boleh bernostalgia dengan kejayaan silam kerana hari ini terbukti orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, pilihan raya umum di enam buah negeri telah membuktikan hanya 20 peratus orang Melayu masih bersama UMNO.
Beliau berkata, yang mampu mengembalikan kekuatan ini adalah akar umbi di bahagian dan cawangan dengan terus mendekati komuniti setempat khususnya golongan muda.
"UMNO perlu menarik kembali pengundi teras (Melayu) terutama pengundi 18 tahun yang sukar untuk dikesan.
"Golongan muda ini amat bergantung kepada media sosial dan platform ini harus dikuasai sepenuhnya okeh jentera parti," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2024 di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera di Bera pada 30 Jun 2024.
Tambahnya, sesungguhnya tonggak kekuatan UMNO adalah di bahagian dan cawangan kerana mereka berada bersama masyarakat sekeliling. - KitaReporters/Kenyataan Media
17
9
0
12
0