Bantuan kredit e-tunai RM100 dilaksanakan Okt-Dis 2023! Lebih 10j kumpulan B40, M40 terima manfaat!
Published by
KitaReporters
--title--
Bantuan kredit e-tunai Malaysia Madani sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 dan ke bawah akan dilaksanakan pada suku keempat (Oktober-Disember) tahun 2023 ini.
Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi kumpulan B40 dan dan M40.
Menurut satu kenyataan pada 1 Ogos 2023, Kementerian Kewangan sedang memperincikan inisiatif ini dengan pemegang taruh. Ini adalah susulan kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan inisiatif tersebut. - KitaReporters/Kenyataan Media
14
14
0
11
0