Bilakah Palestin akan Merdeka? Kekejaman Israel kini jelas ketara! Dilindungi veto Amerika Syarikat!

Published by
KitaReporters

Bendera Negara Palestin... Jalur hijau akan diletakkan di atas apabila Palestin capai kemerdekaan. Buat masa ini, jalur hitam diletakkan di atas sebagai tanda malapetaka akibat dijajah atau diduduki Israel.

Kesengsaraan rakyat Palestin sudah lama berlaku, ia bermula pada tahun 1948, tahun itu merupakan Hari Nakba (Malapetaka) iaitu merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel, sekali gus menyebabkan warga Palestin menjadi pelarian.

Sejak itu, Israel telah menjajah Palestin sehingga sekarang.

Tahun demi tahun rakyat Palestin hidup menderita di bawah penjajahahan, kita lihat di televisyen, secara terang-terangan rejim Zionis ini bertindak kasar dan biadab terhadap rakyat Palestin terutama warga tua, wanita dan kanak-kanak, mereka ditolak, ditendang dan dipijak.


Ilustrasi AI - gambar sekadar hiasan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari dulu sehingga kini dilihat tidak membuat apa-apa untuk membela rakyat Palestin, ia disebabkan kuasa veto dimiliki lima buah negara dan antara negara tersebut iaitu Amerika Syarikat (AS) adalah penyokong terkuat Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kenyataannya pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-79 di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini mengecam keras tindakan Israel yang disifatkan sebagai tidak peduli terhadap pandangan atau keputusan masyarakat antarabangsa.

"Kita amat kesal. Israel kini menjadi sebuah negara yang amat biadab, bongkak, dan tidak peduli kepada saranan, pandangan atau keputusan yang dibuat oleh PBB.

"Mereka sudah melampaui batas dan kita perlu mengambil tindakan drastik untuk mengekang kebiadaban mereka,” kata Mohamad.


Prof Dr Azmi Hassan

Justeru, penulis mendapatkan pandangan Pakar Geostrategi dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara,  Prof Dr Azmi Hassan mengenai Palestin.

Azmi berkata penyelesaian kemelut Palestin melalui PBB hanya boleh dilakukan oleh Majlis Keselamatan.

“Kita akur di sini resolusinya ada kekuatan undang-undang tetapi hakikatnya berpuluh-puluh resolusi dituju kepada Israel namun satu pun tak diikuti kecuali resolusi itu memberi manfaat kepada mereka. 

“Ini disebabkan Israel ada penyokongnya iaitu Amerika Syarikat… AS ada kuasa veto yang lazim diguna untuk ‘mencairkan’ (mengetepikan) resolusi Majlis Keselamatan. 

"Majlis Keselamatan PBB (UNSC) nampaknya tidak dapat menyelesaikan isu tersebut,” katanya ketika ditanya kenapa PBB dari dulu sehingga sekarang gagal menyelesaikan isu Palestin.


Ilustrasi AI - gambar sekadar hiasan

Mengenai Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentayahu, Azmi berkata pada mulanya Nentayahu dipersalah akibat serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober tahun 2023 dinamakan “Operation Al-Aqsa Flood” bagaimanpun demi kelangsungan kerjaya politiknya, beliau telah melakukan tindakan drastik dengan melancarkan serangan terhadap musuh-musuhnya, sekali gus meredakan kemarahan rakyat Israel kerana Nentayahu gagal membawa balik warganya yang menjadi tebusan di Gaza.

“Kini, semuanya terletak kepada keputusan UNSC. Berdasarkan sejarah, PBB telah membantu dalam penubuhan negara Israel pada tahun 1948 dengan membahagikan daerah mandat British di Palestin. 

"Adalah menjadi tanggungjawab negara yang mempunyai kuasa veto untuk menyelesaikan isu Palestin ini dengan melakukan tindakan yang betul untuk keamanan di rantau timur tengah,” katanya lagi. - KitaReporters

11
15
0
9
0

Copy Link: