Mengambil perhatian perkembangan terkini di Gaza, MAPIM mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul khas di Parlimen Malaysia bagi mengangkat segera isu mengenai keganasan aparteid Israel.

Tuntutan kami ialah :

  • Israel hentikan segala bentuk penindasan ke atas warga Palestin. 
  • Israel diisytihar sebagai negara aparteid 
  • Wilayah Tebing Barat dan Gaza mesti dibebaskan.
  • Semua tahanan Palestin dibebaskan tanpa syarat. 
  • Semua anggota tentera penceroboh Israel dikeluarkan dari Baitulmaqdis, terutama Jeruselem Timur, dan Masjid Al Aqsa.
  • Pintu Rafah antara Gaza dan Mesir dibuka untuk memberi peluang pergerakan kepada penduduk Gaza dan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
  • Malaysia menuntut Majlis Keselamatan PBB menguatkuasakan semua resolusi terhadap Israel mengenai jenayah perang dan perlanggaran terhadap undang-undang antarabangsa.
  • Menggesa sidang terrgempar PBB dan OIC diadakan segera untuk menghentikan keganasan Israel terhadap Gaza dan Tebing Barat dan di Baitulmaqdis.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

12
13
0
9
0

Copy Link: