Video| Ellie Suriaty panas hati! Gelak-gelak ketika himpunan Freedom for Palestin! Tak kelakarlah!
Published byRamai yang tidak berpuas hati terhadap penganjur pada himpunan ‘Freedom for Paslestine’ di Dataran Merdeka pada 22 Oktober 2023 lalu.
Himpunan tersebut dianjurkan oleh Viva Palestina
Malaysia (VPM) dan MyCare, dan disertai rakyat dari pelbagai negara seperti Syria,
Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan selain Malaysia.
Rasa tidak puas hati timbul setelah pihak penganjur dikatakan melarang orang ramai membawa plakad mengutuk Netanyahu dan bertakbir. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati mereka dalam media sosial. Salah seorang yang berbuat demikian termasuklah pelakon Ellie Suriaty Omar.
Menurut Ellie dalam hantannya di Instagram, dia geram dan panas hati dengan sikap penganjur. Luahnya lagi, himpunan tersebut telah mengelirukan orang ramai yang hadir.
Malah, dia menggelarkan penyanyi dipercayai dari kumpulan Ruffedge iaitu Mode atau nama sebenarnya Syed Mohammad Syed Abdullah yang membuat persembahan ketika himpunan itu sebagai orang bodoh.
“Assalamualaikum semua. Perhimpunan Solidariti Palestin semalam 22 Oktober 2023 di Dataran Merdeka telah mengelirukan rakyat Malaysia yang turun untuk memberi sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang dizalimi Zionis Israel laknatullah.
“Namun perkara sebaliknya telah berlaku di sana.
Ternyata perhimpunan tersebut adalah cubaan untuk bermain dengan minda serta
akidah rakyat Malaysia terhadap pendirian teguh kami semua yang menyokong
Palestin di Gaza.
“Persoalan saya, mengapakah tidak ada seorang pun
dalam kalangan speaker yang berucap di perhimpunan tersebut berani mengutuk kezaliman
jenayah perang Isreal Zionis ke atas rakyat Palestin? Mengapa perkataan Israel
atau Zionis tidak keluar dari mulut speakers yang berucap? Siapa yang dituduh
menzalimi rakyat Palestin di Gaza itu sebenarnya?
“Saya panas hati apabila dua orang penyanyi bergurau ketawa di atas pentas bukan main seronok seolah mengimbau kenangan tengah buat konsert sewaktu meminta rakyat melaungkan free Palestin. Kenapa kamu gelak-gelak? Tak kelakarlah bodoh,” tulisnya geram.
Ellie ketika menyertai himpuan tersebut di Dataran Merdeka.
Pelakon berusia 53 tahun ini turut mempersoal kepada siapakah mesej yang ingin disampaikan oleh penganjur apabila salah
seorang jurucakap bertempik agar keluar dari Gaza.
“Seorang speaker lain, dalam ucapannya bertempik, Get out from Gaza! Get out from Gaza! Get out from Gaza! Siapa yang disuruhnya keluar dari bumi Gaza itu? Yang masih berada di bumi Gaza itu adalah rakyat Palestin yang ditindas sejak 75 tahun lamanya. Jadi, mesej kamu itu ditujukan kepada siapa?
“Ucapan seorang speaker berkerusi roda yang kalian
dengar melalui video saya kongsi di IG feed saya ini. Astaghfirullahalazim. Apa
yang cuba kamu sampaikan sebenarnya? Kamu pro-Isreal?
“Rakyat dilarang melaungkan Allahuakhbar! Kononnya
nak menjaga hati non-Muslim. Akidah kamu letaknya di mana wahai penganjur? Seorang
rakyat Malaysia yang membawa placard mengutuk Netanyahu syaitan telah dirampas
placardnya malah dikutuk sebagai berperangai Zionis Israel! Baru masa itulah Dr
Musa berani menyebut perkataan Zionis Israel sebuah fitnah terbuka terhadap
umat Islam yang menyokong umat Islam Palestin?
"Kesimpulan saya, ternyata perhimpunan tersebut adalah sebuah cubaan, diversion, propaganda pro-Isreal oleh mereka yang pro-sekularisme,” katanya yang turut sama menyertai himpunan tersebut. - KitaReporters