Video| Rakyat punyai rasa peduli dan maruah keinsanan tinggi! Jangan remehkan inisiatif kita! - PM

Published by
KitaReporters

.



Perdana Menteri yakin negara dan rakyat Malaysia masih punyai rasa peduli dan maruah keinsanan yang tinggi terhadap warga tertindas seperti penduduk Gaza dan rakyat Palestin.

"Penderitaan yang dialami warga Gaza sudah melebihi batas kemanusiaan, malah menjadi kemelut terburuk sejak Perang Dunia Kedua. 

"Penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Gaza lantas mengetuk dhamir dan nurani apakah kita sebagai masyarakat masih punyai rasa peduli dan maruah keinsanan terhadap warga tertindas?," tanya beliau.

Sehubungan itu, Anwar membidas sikap dan tindakan sesetengah pihak yang mempertikai inisiatif kerajaan Madani untuk menyegerakan pembangunan semula Gaza dengan membina sebuah Bandar Wakaf Malaysia di wilayah yang hancur musnah dibom oleh Israel.



"Tatkala mengumumkan inisiatif wakaf bagi membangunkan sebuah sekolah, hospital, dan masjid di Gaza tempoh hari, ada sekelompok kecil termasuk pemimpin lampau yang meremehkan hasrat dan usaha Kerajaan yang menyikapinya atas dasar kemanusiaan dan keadilan.

"Gerombolan kecil ini memajukan hujah bahawa keperluan negara mesti diutamakan ketimbang penduduk Gaza. 

"Jika itu hujahnya, sampai bila pun kita tidak akan dapat membantu sesiapa kerana masalah dalam negara memang akan sentiasa ada di mana-mana dan ia melibatkan semua lapisan masyarakat. 

"Malah, apa yang utama adalah kita mesti terus berusaha menyelesaikannya sambil tidak bungkam terhadap kesengsaraan, serta ambil sikap keprihatinan yang tinggi dan agresif mendepani pelbagai isu yang merundung masyarakat sama ada pada peringkat domestik mahupun antarabangsa," tegas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media



16
12
0
13
0

Copy Link: