Kini masa untuk sampaikan bantuan kemanusiaan! Bantu bina semula kehidupan di Gaza! - IR Malaysia
Published byPetugas Islamic Relief menuangkan sup makanan kepada dua kanak-kanak yang berlindung di bawah runtuhan bangunan di Gaza.
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) menyambut baik pengumuman genjatan senjata di Gaza sebagai satu langkah ke arah menghentikan konflik yang telah mengakibatkan penderitaan berpanjangan kepada penduduk Palestin.
Konflik ini telah meragut banyak nyawa, menghancurkan infrastruktur, dan menyebabkan kehilangan tempat tinggal yang besar.
Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan global, kami menegaskan bahawa keamanan yang berkekalan adalah kunci untuk membolehkan usaha bantuan dapat disalurkan secara efektif dan berterusan kepada mereka yang memerlukan.
IR Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk mematuhi perjanjian ini dan menghormati hak asasi setiap individu tanpa diskriminasi.
Penduduk Gaza sedang menghangatkan badan dalam cuaca musim sejuk.
Kami juga ingin menyeru masyarakat antarabangsa agar terus memberi tekanan untuk mengekalkan keamanan sejagat dan mengambil tindakan bersepadu bagi menyokong usaha pemulihan jangka panjang di Gaza.
IR Malaysia terus komited menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, termasuk sokongan makanan, perubatan, air bersih, dan psikososial.
Kami percaya bahawa dengan solidariti dan usaha kolektif, kita dapat membantu membina semula kehidupan mereka yang terjejas dan memberi harapan kepada mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Bersama-sama kita menyokong usaha ini melalui doa, sumbangan, dan kesedaran.
Aktiviti psikosial bersama kanak-kanak di pusat penempatan.
Semoga keamanan yang dicapai ini menjadi langkah awal ke arah penyelesaian yang menyeluruh dan adil bagi rakyat Palestin.
Orang ramai berpeluang untuk membantu penduduk Gaza dengan menyumbang terus ke kempen Rayuan Palestin di laman web; www.islamic-relief.org.my. - KitaReporters/Kenyataan Media
Antara bantuan yang diberikan oleh Islamic Relief kepada penduduk Gaza ialah makanan panas.