Alhamdulillah! Ismail Sabri stabil, sedar sepenuhnya! Dimasukkan ke hospital selepas pengsan di rumah!

Published by
KitaReporters


Ramai yang bertanya kepada saya mengenai keadaan terkini Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob setelah pengsan di rumahnya akibat tekanan darah tinggi pada kira-kira pukul 2.30 pagi tadi (22 Februari 2025).

Alhamdulillah keadaan beliau pada petang ini telah stabil dan sedar sepenuhnya.

Bagaimanapun beliau masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor di sebuah hospital di Damansara.

Doktor juga tidak membenarkan Dato' Seri menerima pelawat buat sementara waktu sehingga kesihatannya kembali pulih. Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk menziarahi beliau.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau supaya kembali pulih seperti sedia kala. 

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.


Azran Fitri Rahim

Setiausaha Akhbar Ismail Sabri Yaakob


11
10
0
13
0

Copy Link: