Tahu tak? 21 Ogos Hari Masjid Sedunia! Juga dikenali sebagai Hari Al-Aqsa Sedunia! Perlu disegarkan!
Published byTarikh 21 Ogos adalah Hari Masjid Sedunia, juga dikenali sebagai Hari Al-Aqsa Dunia. Ini adalah hari hitam dalam sejarah buat ummah. Pada tarikh itu pada tahun 1969, merupakan hari percubaan membakar Masjid Al-Aqsa.
Melihat kepada ancaman yang berterusan ke atas Al-Aqsa As-Sharif, malah Zionis Israel semakin nekad untuk merampas dan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, seluruh umat Islam wajar meningkatkan keprihatinan terhadap kesucian masjid tersebut .
Ketetapan OIC pada 2023 yang mengisytiharkan penolakan tegas kepada sebarang perubahan status Masjid Al-Aqsa mesti didukung. Tidak ada kompromi dalam hal kepemilikan dan hak umat Islam ke atas Al-Aqsa.
Sementara itu , keganasan Zionis di Gaza dan Tebing Barat, Palestin kini sangat kritikal. Seluruh umat tidak boleh bersikap pasif dalam menghadapi jenayah genosid yang berterusan dilancarkan oleh Zionis Israel.
Masyarakat dunia perlu bertegas supaya Israel mesti disekat daripada meneruskan jenayah genosid di Gaza dan perlu dihukum berdasar perundangan antarabangsa .
Tanggal 21 Ogos itu harus menjadi titik tolak bagi semua masjid di seluruh Malaysia untuk bangkit meningkatkan gerak kerja kempen mendukung perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)