Kenapa hijau? Untukmu Palestin! Setiap 15 November! Sempena tarikh pengumuman kemerdekaan Palestin!

Published by
KitaReporters


Kakitangan Malaysian Qualification Agency (MQA) di Mercu CyberJaya


Ramai rakyat Malaysia memakai baju warna hijau pada 15 November 2023, untuk memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang telah diserang oleh rejim aparteid Israel sejak 7 Oktober 2023 yang lalu. 

Tanggal 15 November 1988 juga adalah tarikh pengumuman kemerdekaan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.  

Ramai yang menyatakan sokongan moral mereka terhadap negara Palestin yang teruk dibedil oleh aparteid Israel. Penderitaan demi penderitaan rakyat Palestin sangat menyentuh hati masyarakat Malaysia. 

Namun masyarakat dunia  seperti di negara kita hanya dapat bersedih bila melihat penderitaan anak-0anak kecil, wanita dan orang-orang tua serta seluruh rakyat Palestin yang kini teruk dibom oleh aparteid Israel tanpa belas kasihan. 



Staff Penerbit UMT, Terengganu

 Hijau untuk Palestin... Jane Royana Jaafar di Pahang dan Asmidar Zainol di Sabah.


Seorang kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, setiap hari WhatsAppnya dipenuhi dengan gambar-gambar meruntun hati penderitaan rakyat Palestine. Beliau sangat sedih melihat keadaan anak-anak kecil dan wanita serta orang tua yang menderita akibat serangan genosid berkenaan. 

Beliau berharap negara-negara besar tidak hanya menjadi pemerhati dan melihat tanpa belas kasihan terhadap penghapusan etnik yang berlaku tetapi sebaliknya datang membantu rakyat Palestin yang sangat menderita sekarang.   


Kakitangan Malaysian Qualification Agency (MQA) di Mercu CyberJaya
Hidir Ali Razali dan isterinya Khairunnisa, menyokong Palestine dengan memakai baju warna hijau
Ramai yang menyatakan kesedihan terhadap apa yang berlaku di Palestin tetapi mereka hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin dan berharap ada pembelaan untuk mereka daripada masyarakat dunia. 

"Melihat penderitaan mereka setiap hari boleh membuat kita jadi murung," kata seorang pelajar universiti tempatan yang sempat saya temui. 

"Kita yang hidup dalam keadaan aman ini tidak dapat bayangkan macam mana mereka hadapi suasana genting setiap hari. Rasa sangat bersyukur dapat hidup di negara yang masih aman dan makmur ini " katanya. 


Ira Hazwani dan Muhammad Ifwan di Sepang, Selangor.

Azman Ahad dan Rohana Man dari Kuala Lumpur turut menyokong Palestin
Nazri Ibrahim, Abdul Rashid dan Saharuden Kamaludin dari Shah Alam.
Kakitangan Malaysian Qualification Agency (MQA) di Mercu CyberJaya

11
13
0
10
1

Copy Link: