Sebuah Muktamar Masjid SeMalaysia untuk Al-Aqsa akan dianjurkan pada 21 Ogos 2024 sempena peringatan Hari Masjid Sedunia di Kuala Lumpur. 

Muktamar tersebut dianjur oleh MAPIM bersama beberapa pihak lain iaitu Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). 

Pihak penganjur sedang berusaha mendapatkan kerjasama dengan pihak agensi kerajaan seperti JAKIM, JAWI, MAIWP, YADIM, IKIM, UiTM dan IAIS. Kami juga menjemput pihak NGO dan syarikat korporat untuk turut bekerjasama menjayakan muktamar yang julung kali diada di negara ini. 

Pada 21 Ogos 1969, Masjid Al-Aqsa telah cuba dibakar oleh seorang Zionis Nasrani dari Australia membakar Masjid Al-Aqsa. 

Mengikut rekod sepertiga masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam itu telah terbakar yang memusnahkan minbar Salahuddin Al-Ayubi. 

Pada hari itulah, setelah diusulkan oleh Iran, diisytihar oleh OIC sebagai Hari Masjid Sedunia. 



Namun semenjak hari itu sehingga 2024, Masjid Al-Aqsa dicerobohi Zionis Yahudi hampir setiap hari. Keganasan tentera dan polis Zionis Yahudi telah melakukan pencabulan berkali-kali kedalam Masjid Al-Aqsa. 

Malah segala larangan pelawat Yahudi dan Nasrani di pekarangan Masjid Al-Aqsa supaya tidak melakukan ritual agama mereka, dilanggar. 

Malah provokasi dan gangguan ke atas jamaah Muslim kerap berlaku sehingga berlaku pertempuran berdarah di masjid itu. 

Yahudi kini bertekad untuk merampas Masjid Al-Aqsa dan meruntuhkannya untuk mendiri semula sebuah kuil yang didakwa wwujudnya Kuil Solomon. 

Masjid seMalaysia tanpa ragu perlu bersatu untuk menyatakan sokongan mempertahan Masjid Al-Aqsa. Adalah tanggungjawab yang tidak boleh disangkal bahawa mempertahan kesucian Al-Aqsa adalah termasuk soal akidah umat Islam. 

Muktamar Masjid SeMalaysia sempena Hari Masjid Sedunia pada 21 Ogos 2024 nanti akan mengambil semangat membebas dan mempertahan Masjid Al Aqsa. 

Wakil Masjid Al-Aqsa, Imam Masjid Gaza dan Imam Masjid Ibrahimi akan diundang untuk hadir berucap. 



Tujuan Muktamar Masjid SeMalaysia ini adalah untuk menyatukan umat, memperkasa masjid dan meningkat kesedaran mengenai status Masjid Al-Aqsa. 

Ia juga diharap akan meningkat dan melonjakkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam bahawa selagi Masjid Al-Aqsa tidak dibebaskan selagi itu Palestin tidak merdeka daripada penjajahan Israel. 

Muktamar ini juga akan mengangkat persoalan 1,000 Masjid di Gaza telah dibom sejak 7 Oktober 2023 oleh penjenayah Israel yang disokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. 

Dijangka 1,000 wakil masjid dan NGO serta para ulama dan pemerhati daripada beberapa negara akan hadir dalam muktamar ini.

Resolusi daripada muktamar ini dijangka akan menyedarkan seluruh 6,800 masjid di seluruh negara untuk berperanan menyumbang kepada perjuangan mempertahankan Al-Aqsa. 


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) 

Dato' Seri Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Masjid Al-Aqsa (MANAR) 

Dato Wira Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)


12
11
0
20
0

Copy Link: