Video| Barat perlu hentikan kemunafikan! Beri keadilan, hak kemanusiaan kepada rakyat Palestin! - PM
Published by
KitaReporters
--title--
"Kita hanya menuntut rakyat Palestin dilayan sebagai manusia! Tidak lebih, tidak kurang!
"Selama ini Barat begitu bingit bercakap soal demokrasi, hak asasi dan kemanusiaan tetapi hari ini bisu apabila Israel rakus menzalimi Palestin.
"Barat perlu hentikan kemunafikan ini. Kemanusiaan bukan hak istimewa orang kulit putih. Beri keadilan dan hak kemanusiaan untuk rakyat Palestin!" - Posting 1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 25 Oktober 2023, sehari selepas Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada 24 Oktober 2023)
"Mana dia demokrasi? Mana dia hak asasi? Mana dia hak kemanusiaan? Saya tempik laungan solidariti sewaktu menghadiri “Himpunan Malaysia Bersama Palestin” bersama ribuan masyarakat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini (24 Oktober 2023).
"Sayugia, himpunan ini merupakan salah satu mesej solidariti Malaysia terhadap perjuangan sah rakyat Palestin.
"Ini bukan sekadar isu negara Arab, tapi isu kemanusiaan yang wajar menjadi dukungan kita, kerana itu kita telah membuat keputusan menyokong perjuangan sah rakyat Palestin ke arah Palestin yang merdeka." - Posting 2 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 24 Oktober 2023)
11
15
0
6
0