Seorang daripada tebusan remaja Palestin yang dibebas daripada Penjara Israel disambut oleh keluarga terdekat di Tebing Barat. - Kredit foto: bbc.com

SEMPENA hari ketiga gencatan senjata antara Gaza dan Israel, sebanyak 39 lagi rakyat Palestin yang kebanyakannya ditahan tanpa perbicaraan telah dibebaskan daripada penjara di negara aparteid Zionis tersebut.

Memetik bbc.com pada 27 November 2023, kesemua yang dibebaskan adalah sebahagian perjanjian yang menyaksikan  40 tebusan Israel yang diambil pada 7 Oktober 2023 dipulangkan semula.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang dibebaskan sejak pertukaran pertama pada hari Jumaat, 24 November 2023 lalu kepada 117 orang.


Mohammed Al-Awar, yang meringkuk 16 bulan di penjaara Israel disambut ibunya selepas dibebaskan sebagai tebusan. - Kredit foto: bbc.com


Antara rakyat yang paling akhir dibebaskan daripada tahanan penjara adalah seorang remaja, Mohammed Al-Awar yang menghabiskan masa selama 16 bulan di penjara di negara haram tersebut.

Ibunya berkata, selepas mengetahui pembebasan anak lelaki kesayangannya perasaannya bercampur baur. 

"Kegembiraan kami tidak lengkap kerana ribuan penduduk lain termasuk keluarga terdekat telah terkorban dalam perang di Gaza," katanya dalam video yang menunjukkan pertemuan semula mereka. 


Mohammed Al-Awar mengucup dahi bapanya sebagai tanda syukur di atas pembebsan dirinya sebagai tebusan. - Kredit foto: www.middleeasteye.net

Penduduk Gaza berhimpun beramai-ramai  di lokasi pembebaasan tebusan sebagai meraikan pembebasan berkenaan. - Kredit foto: www.baron.com


Manakala seorang lagi remaja, Abdulrahman Al-Zaghal yang turut dibebaskan tetapi tidak bersama yang lain kerana berada di hospital Israel berikutan masih mendapat rawatan. 

Remaja belasan tahun itu ditembak pada bahagian kepala dan terkena serpihan di dalam badannya pada Ogos 2023 lalu ketika dia keluar untuk membeli roti.

Menurut bapa saudaranya, tentera aparteid Zionis mendakwa remaja itu cuba melemparkan bom petrol ke arah pos penempatan di kawasan berkenaan menyebabkan dia menjadi tahanan.

Bagaimanapun perbicaraan Abdulrahman dilakukan tanpa kehadiran berikutan masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). 

Ahad, 26 November 2023 lalu, pihak tentera aparteid membuka gari elektronik pada tangan sebagai pembebasan remaja berkenaan. 


Remaja Palestin berhimpun di tepi bangunan yang musnah akibat di serang bom Israel di Khan Younis, selatan Gaza ketika menunggu ahli keluarga yang menjadi tebusan di bebaskan. - Kredit foto: aljazeera.com


Sehari sebelum pertukaran tahanan berkenaan, penduduk Palestin berhimpun di Tebing Barat - lokasi tahanan dipulangkan sebagai menyambut kepulangan sanak saudara mereka yang dijadikan tahanan tanpa perbicaraan atau pendakwaan. 

Malah rakaman video menyaksikan sebahagian daripada mereka yang dibebaskan diarak di atas bahu orang ramai, manakala orang ramai yang lain mengibarkan bendera Palestin.

Israel telah menyenaraikan 300 tahanan Palestin, terutamanya remaja lelaki, yang layak dibebaskan di bawah perjanjian yang dicapai dengan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). 


Seorang lelaki Palestin yang dibebaskan memeluk ahli keluarga terdekatnya di Baitulmaqdis pada 26 November 2023. - Kredit foto: Reuters


Di bawah perjanjian yang diuruskan dengan bantuan Qatar, 50 tebusan Israel - wanita dan kanak-kanak - akan dibebaskan oleh Hamas selama empat hari semasa gencatan senjata, sebagai pertukaran untuk 150 tahanan Palestin. 

Sepanjang empat hari tempoh gencatan senjata ini, Kementerian Luar Qatar berkata, Hamas membebaskan 69 tahanan manakala  Israel membebaskan 150 tahanan.

Secara rasminya, gencatan senjata sementara fasa pertama itu berakhir pada Selasa, 28 November 2023 kira-kira (1 tengah hari waktu Malaysia)  namun pada Rabu, 29 November 2023), kedua-dua pihak dilaporkan mencapai kata sepakat  bagi melanjutkan dua hari lagi gencatan senjata sehingga Khamis, 30 November 2023. - KitaReporters 


Seorang remaja dijulang sebagai meraikan pembebsan dirinya selepas termasuk dalam senarai pembebasan tebusan di Gaza. - Kredit foto: AFP

14
10
0
9
0

Copy Link: