TULISAN JAWI DICEMUH, KALIGRAFI CINA DIPUJI

Published by
Utusan.Press
MASYARAKAT jadi semakin menyampah dan marah dengan hal-hal kecil, tapi besar maknanya, yang dipolemikkan dalam negara ini. : Dr Sahul Hamid

Mana tidaknya, tulisan jawi yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan tradisi negara ini dimomok-momok sebagai Islamisasi dan paksaan. 

Manakala, kaligrafi Cina pula diiklankan sebagai alat memupuk perpaduan.

Saya percaya, warga Malaysia umumnya, dan orang Melayu khususnya, tidak bermasalah untuk belajar kaligrafi Cina atau Tamil atau Jamaica sekalipun. 

Tetapi tentangan dan keberangan timbul kerana setelah tulisan jawi dicebik sedemikian rupa, tiba-tiba kaligrafi Cina dipromosi dengan senyuman manis.

Asas bagi pembinaan bangsa adalah hormat-menghormati. 

Ketika minoriti tiada rasa hormat terhadap majoriti, secara natural majoriti akan mula bangkit mengintimidasi minoriti. 

Itulah aksi dan reaksi. Ini fenomena semula jadi, bukan dibuat-buat.

Harapnya, tidaklah kita membakar kelambu kerana marahkan nyamuk yang seekor dua.

Dr. Sahul Hamid

Pensyarah Kanan Sejarah,

Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI)


Rencana ini dipetik dari https://www.ismaweb.net/2020/01/07/rakyat-makin-menyampah-polemik-dalam-negara/

0
0
0
0
0

Copy Link: