ELAK TERKENA SINDROM "GRANDEUR DELUSIONS"
Published byRASANYA belum terlambat nak buat posting mengenai PRK Kimanis. Apa sebenarnya yang berlaku? : Nizam Isa
SINDROM "grandeur delusions" ... Jangan pula berjangkit. - Kredit foto https://m.malaysiakini.com/
Khamis lepas seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian yang baru pulang dari Kimanis bagitahu, 10 hari pertama, BN menguasai keadaan, manakala empat hari terakhir berpihak kepada Warisan.
Katanya hujan ringgit mencurah-curah, menyebabkan pengundi "mungkin" beralih arah.
Apatah lagi politik Sabah tidak seperti politik Semenanjung. Politik Sabah lebih dinamik.
Sentimen Sabah untuk Sabahan misalnya masih kuat dan berakar umbi sejak Pairin Kitingan dan PBS memerintah negeri bawah bayu itu.
Warisan pula adalah parti Sabah sama seperti USNO, Berjaya dan PBS, manakala BN/UMNO berakar umbi dari Semenanjung.
Mungkin, saya ulangi "mungkin"; fakta-fakta ini menyebabkan sebilangan kecil rakan-rakan cytro PH yang saya golongkan dalam kumpulan rasional, yakin atas kemenangan Warisan sehingga membuat posting kemenangan parti pemerintah.
Secara ikhlasnya saya sendiri memberikan peluang 50/50. Mendoakan kemenangan di samping cuba menerima realiti ketika itu bagi menelan kepahitan jika tewas.
Hakikatnya PH/Warisan memerlukan kemenangan itu lebih dari BN.
Ketua Menteri DS Shafei Apdal bagi menguatkan dirinya sebagai orang nombor satu paling berpengaruh di Sabah, memerlukan kemenangan bagi memastikan dirinya sebagai juara orang Sabah.
Dia juga mahu menunjukkan kepada Tun Mahathir Mohamad, yang dialah yang boleh mencaturkan sebarang langkah Sabah.
Namun, BN menang dengan 2,029 undi berbanding 156 undi pada PRU14.
Bayangkan bagi memperolehi kemenangan ini, BN/UMNO bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan PH tetapi juga SPR dan pelbagai agensi kerajaan.
Jika dirumuskan dalam satu ayat, kekalahan PH berpunca sindrom "grandeur delusions".
Kejayan mereka menumbangkan BN yang memerintah negara ini selama lebih 60 tahun membuatkan mereka merasakan mereka kebal dan masih diterima rakyat.
Sebab itulah mereka lebih memfokuskan kepada siapa akan jadi Perdana Menteri ke-8, tanpa memikirkan sama ada mereka masih mendapat mandat rakyat.
Kekalutan dalam isu "peralihan kuasa" juga menyebabkan mereka tidak serius dalam memenangi semula hati dan jiwa rakyat.
Atau mungkin mereka sudah menerima hakikat diri mereka sebagai Kerajaan Sepenggal dan perlu "mengambil apa yang sempat" sebelum tempoh tamat.
Bagaimanapun satu hakikat yang perlu diterima oleh BN/UMNO serta Muafakat Nasional. Lima kemenangan dalam PRK bukan lesen untuk terus mendapat mandat rakyat dalam PRU15 nanti.
Politik itu amat dinamik. Ia berubah mengikut masa, manusia, lokasi dan isu.
Perubahan masih diperlukan supaya momentum kemenangan berterusan.
Segala "baggage" perlu dicucikan. Persepsi lama harus dibersihkan. Supaya sindrom "grandeur delusions" tidak pula berjangkit pada kita.
Wallauaklam bissawab
Cheers 😁 salam lima kosong
NIZAM ISA
Bekas wartawan dan bekas pengarah media dan komunikasi, Pejabat Menteri Besar Perak.
Rencana disiarkan dalam FB https://www.facebook.com/profile.php?id=1080014148