DR MAHATHIR KECEWA DENGAN SK, UIAM, IKIM?
Published bySebuah fair comment. Without prejudice. Idea Mahathir mengenai Universiti Islam Antarabangsa adalah tempat perbincangan Islam progresif dan berdaya maju, yang melibatkan negara-negara Islam seluruh dunia. Ia mahu dijadikan pusat renaissance tamadun Islam abad ke-21. : Zin Mahmud
Mahathir meletakkan Hussein Onn sebagai pengerusi pertama. Tetapi negara-negara Islam tidak mendokong projek UIA. Maka jadilah UIAM, salah sebuah IPTA yang didanai oleh kerajaan Malaysia.
Kemudian Anwar hijack UIAM dan ia jadi pusat IIIT. UIAM menjadi landasan Islamisasi Ilmu dengan intinya adalah ISTAC yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan yang diterajui Anwar.
Mahathir pecat Anwar dan letak Sanusi sebagai pengerusi UIAM. ISTAC jadi institut Melayu.Islamisasi Ilmu pun tak ke mana.
Pak Lah pula mahu jadikan UIAM sebagai pusat Islam Hadhari. Sanusi bantah dan letak jawatan.
Di bawah Najib, Rais menerajui UIAM dan dibinanya arca keris di depannya. Kampus asal ISTAC jadi institut kewangan Islam. UTM kemudian menubuhkan CASIS untuk menggantikan peranan asal ISTAC.
Aku rasa Mahathir kecewa dengan UIAM. Maka ditubuhkan IKIM. Ia hendak dijadikan pusat perbincangan Islam yang progresif. Maknanya Islam yang difahami oleh Mahathir.
Tetapi akhirnya progresif bagi IKIM adalah lebih pada pengurusan dan pentadbiran Islam. Radio IKIM menjadikan institut itu sebagai badan dakwah seperti YADIM.
Semasa Pak Lah ia menjadi pusat bagi gagasan Islam Hadhari. Semasa Najib, Pak Lah dilantik sebagai pengerusi IKiM.
Aku rasa Mahathir kecewa dengan UIAM dan IKIM.
Apabila Maszlee jadi menteri pendidikan, tindakan awal beliau adalah menjadi pengerusi UIAM.
Aku rasa inilah bermulanya Mahathir kecewa dengan Maszlee. Universiti-universiti awam dapat lantikan baharu dari Maszlee.
Pihak berkuasa UIAM memindahkan keris ke belakang dan digantikan dengan rehal. Rais bantah. Tetapi ISTAC dipulihkan.
Kini Mahathir mengambil alih semula Kementerian Pendidikan. Pastinya beliau memerhati UIAM. Beliau tak puas hati dengan sekolah kebangsaan yang dirasakan sudah seperti sekolah agama.
Aku rasa dia lagi tak puas hati pada IPTA termasuk UIAM. Lebih-lebih lagi universiti yang sibuk pada soal-soal mistik Melayu, yang sejak mudanya Mahathir tidak suka.
Sebab itu ada sesuatu yang dia tak senang pada Anwar. Beliau kecewa pada Anwar dan kini... tengoklah perkembangan politik kelak.
ZIN MAHMUD
Bekas Pengarang Mingguan Malaysia
Rencana ini disiarkan dalam FB https://www.facebook.com/zin.mahmud