MELAYU TIADA HALA TUJU, HANYA BEREBUT KUASA
Published bySAYA kurang berminat mengenai percaturan politik individu. Contohnya, kenapa Dr Maszlee Malik meletak jawatan, dipaksa atau terpaksa? Adakah ini ada kaitan dengan Anwar Ibrahim? Siapa yang bakal ganti tempat Dr Maszlee? : Hazizi Ab Rahman
Perkara yang menjadi tumpuan saya ialah situasi Cina yang dominan, manakala Melayu pula tiada hala tuju kecuali berebut kuasa.
Situasi malapetaka ini belum nampak tanda-tanda untuk berubah.
Muafakat Nasional (MN) pun belum kelihatan membincangkan tentang dasar politik, ekonomi dan sosial, serta sistem pentadbiran yang boleh merawat kesilapan sepanjang 60 tahun pemerintahan Barisan Nasional (BN).
MCA pun belum difahami perangainya dalam konteks politik reaktif, inikan pula mengharapkan politik proaktif untuk keluar daripada kebiasaan.
Jika hanya bergantung pada kelemahan dan caca merba Pakatan Harapan (PH) sekarang ini, maka situasi malapetaka itu tidak akan berubah, walaupun kerusi berubah.
Betapa kecilnya jiwa jika kita hanya mengharapkan perubahan dengan kemenangan kerusi tanpa ada pelan tindakan, yang benar-benar mengembalikan dominasi orang Melayu dan Bumiputera dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Sebagai contoh, apa cara untuk melemahkan pengaruh kapitalis kroni pemerintah ke atas polisi-polisi kerajaan? Apa sistem yang boleh mengekang? Jika tiada, maka kita akan kembali kepada situasi sama. Pi mai pi mai tang tu.
Atau kita memang tak fikir tentang perkara ini? Yang penting menang? Yang penting gosip sana gosip sini pasal politik, bersorak sorai menggelakkan lawan?
Kita ada ramai cerdik pandai yang ikhlas. Tetapi mereka ini tidak diajak bermuzakarah untuk merancang masa depan. Hanya kerana mereka itu bukan parti kita. Kita miskin minda, sempit jiwa.
Ustaz Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden Berjasa
Dipetik dari https://www.ismaweb.net/2020/01/03/cina-dominasi-tapi-melayu-tiada-hala-tuju-hanya-rebut-kuasa/