EMPAT SOALAN OLEH TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Published by
Utusan.Press
SEMOGA tahun 2020 lebih bermakna kepada semua. Bersatu fikrah demi kepentingan negara dan raikan perbezaan dengan berhikmah. : Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim


Sebagai satu permulaan kepada dekad baru, saya ingin mengajak anda semua untuk bermuhasabah diri dan berfikir sejenak akan 4 persoalan di bawah:

  • 1) Ke mana arah tujuan kita sebagai rakyat untuk tahun 2020 dan seterusnya?
  • 2) Adakah kita berjaya kecapi sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2019? Jika tidak, di mana salahnya?
  • 3) Adakah kehidupan dan kualiti hidup kini lebih baik berbanding 10 tahun dahulu? Jika wujud perubahan, adakah ianya sejajar dengan perubahan zaman seiring dengan negara-negara luar?
  • 4) Adakah kita mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memacu negara ini dan merealisasikan potensi sebenarnya? Jika tidak ada, adakah kita membuat pelaburan yang betul dan strategik untuk membina keupayaan masyarakat?

Saya dan keluarga akan sentiasa berdoa agar diberikan kejayaan dunia dan akhirat buat semua #BangsaJohor tidak kira di mana anda berada.

Selamat Tahun Baru 2020!

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja


Dipetik dari Facebook Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/

0
0
0
0
0

Copy Link: