PARTI MELAYU, ISLAM MENGECEWAKAN BANGSA
Published byMENGENALI UMNO, parti ini masih terbelenggu dalam fantasi hidup “Melayu Bermaruah” yang sudah kesesakan nafas dan tercungap-cungap untuk kembali berdaulat. Ketat sangat ikatan parti ini dengan MCA. Manakala PAS pula masih bernostalgia dengan aspirasi sebuah “Pemerintahan Islam” tapi masih tergamak bercengkarama dengan parti DAP. : Mohd Luttfi Abdul Khalid
Kedua-dua parti ini tidak pernah belajar dari sejarah umat Islam, meskipun nama mereka sentiasa meniti pada bibir umat.
Perjuangan kedua-duanya hanya terbatas pada sifir pilihan raya - dekad demi dekad - tanpa pernah terfikir: Apa agenda umat dan bangsa selepas politik kepartian?
Nak berharap kepada PKR dan PAN - yang tidak boleh lekang dari maslahat peribadi dan ketiak jijik DAP?
Semua parti ini telah hilang keabsahan mereka sebagai wakil umat dan bangsa!
Untuk melakarkan masa depan baru, umat dan bangsa perlu kepada satu kesedaran dan kebangkitan baru untuk membangunkan semula satu peradaban Tauhid, yang tidak akan mengulang kembali siri-siri kesalahan dan kesilapan UMNO dan PAS serta menolak pendirian yang terlalu memanjakan kepentingan bukan-Melayu/Islam bertopengkan gagasan ‘Rahmat Untuk Sekalian Alam’.
Penyelesaian secara politik kepartian masa kini sudah nazak.
MOHD LUTTFI ABDUL KHALID
Pengerusi i-Peguam
Rencana ini disiarkan dalam Facebook https://www.facebook.com/mohd.luttfi