PADA Ahad (12 Januari 2020), pasukan GPS telah turun di Kimanis untuk membuat soal selidik.Seramai 380 responden telah pun ditanya berdasarkan demografi komposisi kaum di Kimanis. Pemberian soal selidik ini berstrata dan rawak. : Arif Anwar


Sebanyak 5 peratus margin error sahaja. 

Kimanis mempunyai 2 Dewan Undangan Negeri (DUN); DUN Mambakut dikuasai UMNO yang telah masuk Parti Pribumi Bersatu (PPBM), dan DUN Bongawan dikuasai WARISAN.

Satu perbezaan ketara dengan kerusi-kerusi yang pernah alami Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini menyaksikan berbaki seminggu kempen (tempoh diberi soal selidik) ialah penduduk di Kimanis masih tunggu dan lihat untuk mengundi siapa.

Dijangka Jumaat (17 Januari 2020) baru kebanyakannya buat keputusan.

Hal ini terbukti apabila 40 peratus masih belum membuat keputusan, sementara selebihnya masih di Barisan Nasional (BN), apabila mendapat 34 peratus sokongan, sementara WARISAN mendapat 26 peratus sokongan dengan kebanyakannya daripada pengundi Melayu Suluk, Bajau & seumpamanya.

Jika dipecahkan kaum serta umur juga peratus tidak jauh beza.



Jika diukur tahap kepuashatian pengundi terhadap pemerintahan kerajaan persekutuan antara BN dan Pakatan Harapan (PH), sekali lagi rakyat Kimanis merasakan keduanya tidak jauh beza.

Yang merasakan BN lebih baik sebanyak 28 peratus manakala yang merasakan PH lebih baik adalah 26 peratus.

52 peratus lagi merasakan keduanya sama teruk atau tidak pasti.


Jika di Sandakan dan kawasan lain di Semenanjung, hanya 15 peratus masih belum buat keputusan ketika berbaki 5 hari sebelum mengundi, dan dapat dilihat dengan jelas siapa bakal menang.

Namun, dengan data yang diambil pada 12 Januari 2020 ini, jelas majoriti rakyat Kimanis masih atas pagar.

Justeru, peluang BN dan WARISAN adalah sama cerah, dan perlu menggunakan faktor calon dan isu sebagai senjata terakhir.

ARIF ANWAR
Ketua Kajian Gerakan Pengundi Sedar


0
0
0
0
0

Copy Link: