JOHAN KATA DAP ADALAH PUNCA MASALAH PH
Published byTAN Sri Johan Jaaffar bukanlah sebarangan orang. Beliau adalah orang besar dalam dunia kewartawanan tanah air dan pernah menjadi pengerusi syarikat media utama. : Dr Kamarul Zaman Yusoff
Lebih signifikan lagi, Tan Sri Johan Jaaffar juga adalah bapa kepada Syahredzan Johan, Setiausaha Politik kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Bacalah sendiri kritikan-kritikan keras Tan Sri Johan Jaaffar terhadap DAP seperti yang terkandung dalam tulisan beliau dalam akhbar Sin Chew ini:
1. Ramai pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH mula meyakini bahawa DAP adalah punca masalah PH.
2. Terdapat pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH yang percaya bahawa nasib malang menimpa PH adalah kerana DAP.
3. Undian yang menyatakan menteri-menteri DAP lebih bagus tidak mencerminkan suara sebenar rakyat.
4. Menteri-menteri DAP sibuk melayan media tertentu supaya mereka diangkat sebagai menteri-menteri yang bagus.
5. Pemimpin-pemimpin DAP masih berkelakuan seperti mereka dalam barisan pembangkang.
6. Cubaan pemimpin-pemimpin DAP untuk menunjukkan ia adalah sebuah parti berbilang kaum adalah cubaan lemah.
7. DAP masih dilihat sebagai sebuah parti Cina dan kepada ramai Melayu DAP masih sebuah parti rasis dan cauvinis Cina.
8. DAP gagal dengan teruknya dalam usahanya untuk mendekati orang-orang Melayu.
9. Sesetengah daripada pemimpin DAP langsung tidak cuba melibatkan diri dengan golongan Melayu.
10. Sesetengah daripada pemimpin DAP membuat kenyataan yang tidak boleh diterima oleh orang-orang Melayu.
11. Pemikiran bahawa DAP melemahkan kepentingan orang-orang Melayu sedang bergerak hebat.
12. BN dan UMNO tidak perlu menggunakan kad perkauman lagi kerana pemimpin-pemimpin DAP sedang menolong mereka melakukannya.
13. Mendekatkan diri dengan golongan Melayu, termasuk dalam menyediakan bajet, bukanlah kekuatan Lim Guan Eng.
14. Gobind Singh Deo bekerja keras untuk menunjukkan kemampuannya, tetapi sedihnya beliau terperangkap dalam kejahilannya.
15. DAP hampir tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka.
16. Pemimpin-pemimpin DAP masih terperangkap dalam set minda lama.
17. Hubungan awam sesetengah daripada pemimpin DAP adalah teruk.
18. Pegawai-pegawai pemimpin-pemimpin DAP membentengi bos-bos mereka dalam zon selesa mereka sendiri.
19. Saya tidak terkejut ramai pemimpin Melayu dalam PH menyesali kehadiran DAP dalam pakatan itu.
20. Ramai pemimpin Melayu dalam PH percaya keadaan akan menjadi lebih baik tanpa kehadiran DAP dalam PH.
Kita tunggu dan lihat sahaja apakah Syahredzan Johan akan memilih untuk mempertahankan bapa beliau, Tan Sri Johan Jaaffar, atau memilih untuk mempertahankan bos beliau, Lim Kit Siang, dan parti beliau, DAP, tatkala bapa beliau mengkritik keras DAP.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM)
Rencana telah disiarkan dalam https://www.ismaweb.net/2020/01/21/ramai-pemimpin-melayu-ph-mula-yakin-dap-punca-masalah/