I LOIKE!! TAHU TAK 13 MAC HARI TIDUR SEDUNIA?

Published by
KitaReporters
KITA ni sudah biasa dengan hari-hari khas yang disambut seluruh dunia seperti Hari Wanita Sedunia, Earth Hour, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan banyak lagi sambutan disambut dengan cukup meriah. Tapi tahukah anda terdapat satu lagi sambutan yang amat ditunggu-tunggu pada mereka yang kuat tidur. Mungkin hari tersebut hari mereka. : KitaReporters


Kredit foto: https://worldsleepday.org/


Jumaat13 Mac 2020 adalah Hari Tidur Sedunia (World Sleep Day). Ya tidur!! 

Sebenarnya hari tidur sedunia  ini adalah acara tahunan, disambut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.

Sambutan ini diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai World Sleep Day Committee of World Sleep Society (Jawatankuasa Hari Tidur Sedunia, Persatuan Tidur Sedunia), dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur. 

Kumpulan ini terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.

Tapi jangan pulak tidur masa kerja atau masa belajar atas alasan menyambut hari tidur sedunia. 

Kalau mengantuk rehat sebentar... nak pulak ketika memandu.

Namun ia adalah sekadar sambutan yang mana ia sama seperti sambutan hari-hari khas yang lain. 

Nak pesan sikit, jangan pulak tidur semasa khutbah Jumaat sedang dibacakan. - KitaReporters


3
1
0
0
0

Copy Link: