GADIS kecil ini namanya Vivi, 8 tahun cukup gembira kerana baru kini dia dapat peluang menimba ilmu. Dari Johor dia datang ke Rawang, Selangor semata-mata untuk menimba ilmu dunia akhirat. Kenapa gitu lama tercicir dari dunia persekolahan? : KitaReporters.com

VIVI, 8 tahun.


Dia sebenarnya adalah antara warganegara yang hendak diklasifikasikan sebagai persona grata pun tidak boleh kerana mereka dilahirkan di Malaysia oleh ibu bapa pendatang asing yang berhijrah dan menetap di negara ini. 

Mereka berkahwin sesama negara asal dan akhirnya lahirlah kanak-kanak begini yang serba serbi dinafikan menikmati hak sebagai rakyat Malaysia.

Vivi adalah sebahagian daripada 18 gadis remaja yang mendapat perlindungan dari Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (PKUF) bersama 17 lagi pelajar lelaki dari pelbagai peringkat usia dan kebanyakannya berasal dari keluarga susah.

Tapi mereka kini diberi peluang mengikuti program Daurah Remaja Muslimah (Pratahfiz) dan Pondok Tahfiz untuk lelaki.

Pengerusi PKUF, Murniati Usman


Pengerusi PKUF, Murniati Usman berkata daurah itu bertujuan membimbing anak-anak keluarga Islam dengan ilmu Hafazan, Fardu Ain, Tasawuf, Sirah dan kelas asas akademik seperti Bahasa Melayu, English, Matematik dan pengetahuan am khususnya mengenai adab dan membentuk kepimpinan muslimah sebagaimana tuntutan agama Islam.

Vivi katanya tidak pernah bersekolah, sudah tentu tidak tahu menulis dan membaca serta jauh sekali mengaji al-Quran. 

Namun dalam masa dua minggu, dia sudah boleh menulis huruf asas tetapi masih buta huruf lagi. 

Keinginannya untuk belajar sangat tinggi, malah masa cuti hujung minggu pun dia masih meminta-minta diajarkan menulis dan mengeja.

Bayangkan anak-anak kita. Yang serba serbinya dibekalkan. Buku, motorsikal, duit saku, sekolah yang cantik dan tenaga pengajar profesional. 

Ada yang bukan saja ponteng sekolah, malah tidak menghargai pengorbanan ibu bapa membiayai pengajian mereka.

Vivi dan neneknya, Yana Ibrahim.


Gadis solehah ini diberi tempat tinggal, makan minum percuma dan peralatan pembelajaran percuma hasil sumbangan pertubuhan badan-badan kerajaan, orang perseorangan, agensi swasta dan kerajaan sebagai sebahagian daripada saham dunia dan akhirat dalam usaha membimbing remaja itu menjadi warga pelapis negara yang berjasa.

Sehubungan itu, Murniati amat menghargai sumbangan orang ramai dalam semua bentuk dari wang tunai sehingga barangan keperluan harian seperti beras, tepung, garam, gula dan barang basah termasuk daging, ayam, ikan dan telor.

"Kami juga sangat memerlukan barangan penjagaan diri seperti sabun mandi, sabun basuh, syampu, ubat gigi, berus gigi dan baju terpakai. "Semoga pemberian dermawan ini akan membantu kewangan PKUF yang selama ini dihidupkan atas sokongan orang ramai," katanya selepas majlis penyampaian hadiah motivasi untuk remaja di kelas sementaranya, di Bandar Country Homes, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menghubungi Murniati di nombor 016-6535632 / 017-3625767 / 014-3921060 atau sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah,  melalui nombor akaun Ambank 8881018446376

Murniati yang juga pengasas daurah itu turut memohon untuk mendapatkan pengangkutan dan rehal serta buku-buku pengajian sekolah rendah.

Pelajar-pelajar bersama Penasihat PKUF, Zarina Sharif.


Sementara itu, Pengerusi Pondok Tahfiz Uswatun Hasanah (PTUH), Zarina Sharif, berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan pondok pengajian kekal untuk menempatkan anak-anak tahfiz lelaki bagi membolehkan ramai lagi remaja lelaki mendapat  peluang mempelajari ilmu akademik dan hafazan.

Sekarang tahfiz lelaki ditempatkan sementara di pondok PKUF di Bayu Apartmen, sementara menunggu urusan jual beli dan segala dokumentasi rumah yang akan didermakan oleh seseorang kepada PTUH selesai. 

Di pondok baharu itu bukan saja menjadi Maahad Tahafiz, malah akan diperkembangkan sebagai pusat kebajikan untuk menjadi pusat serenti membantu anak-anak yang tiada dokumen ini mendapatkan pengenalan diri bagi membolehkan mereka menyambung pengajian lebih tinggi di dalam dan luar negara. KitaReporters.com

Sebahagian pelajar Daurah Remaja Muslimah PKUF.

8
0
0
0
0

Copy Link: