APAKAH KITA INI IBARAT AYAM, TELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG?
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.
Kongsi minda, bersih jiwa.
Renungan.
Adakah anda orang yang merendah diri?
Hebatnya iman kerana rendahnya diri
Jangan mengungkit apa yang telah dibuat
Jangan mendabik dada
Adakah kita melihat kebaikan atau keburukan orang atau suka mengecilkan hati atau menggembirakan mereka?
Jika kita berjaya melakukan sesuatu dan terserlah kehebatannya, semua kerana Yang Maha Berkuasa, Allah SWT. Bukan sebab diri kita hebat.
Kita jadi seperti ayam... Telur sebiji rioh sekampung.
Jika hendak tahu sama ada kita seorang yang rendah diri atau tidak, nilai diri sama ada kita suka mengutuk dan memperlekeh orang atau tidak?
Jika perasan ini ada, jangan berasa diri kita hebat. Pastikan kita tidak menyebabkan orang tersinggung dan malu.
Kita mesti didik hati supaya faham apabila kita menolong orang sebenarnya bukan kita yang tolong, tetapi Allah SWT yang menggerakkan hati kita untuk tolong mereka. Ini juga sifat rendah diri.
Menjadi resam hidup jika kita bukan seorang yang rendah diri, kita akan menjadi riak dan suka menyebut kebaikan serta amalan yang telah kita buat.
Kita bangga dengan apa yang kita buat. Sedangkan orang yang rendah hati memandang orang lain lebih baik daripadanya, sebab dia tidak pernah menyebut kehebatan dan kebaikannya. Jauh sekali mengungkit. Mereka lebih suka menerima teguran berbanding pujian.
Setiap kali mendapat teguran, mereka bersyukur.
Anda pasti akan dihormati.
Pada masa sama, mereka juga suka melihat orang lain mendapat kebaikan dan kelebihan.
Tetapi jika melakukan sesuatu dan kita berasa sakit hati kerana orang tidak menyebut nama kita, itu tanda kita bukan orang yang rendah diri.
Demikian juga jika kita membantu seseorang dan orang itu tidak menghargai atau berterima kasih sehingga kita rasa kecil hati atau mengungkit apa yang telah kita buat, itu juga tanda kita bukan orang yang rendah diri.
Ingatlah..
Jadilah orang yang merendah diri, tidak suka dipuji dan tidak takut dikeji serta sangat suka menerima teguran.
Mereka yang rendah diri merasa bahagia melihat orang lain bahagia dan sentiasa mahu menjadikan orang sekelilingnya bahagia.
Percaya atau tidak, sifat merendah diri merupakan sesuatu yang payah untuk wujud dalam diri... tak perlu dilihat pada orang lain, tengok diri kita sendiri. Betul tak?
Jangan malas mendidik diri sendiri agar memiliki sifat rendah diri. Ia bukan perkara mudah terutama sekali bila berdepan dengan mereka yang kita rasakan lebih rendah ilmu atau pangkat daripada kita.
Tapi kita boleh cuba.
Yang peliknya, bila bersama orang yang hebat-hebat pandai pulak kita merendah diri kerana terasa kekurangan diri kita. Sedangkan ini tak seharusnya terjadi, Allah tidak memandang kepada pangkat dan darjat.
Yang terbaik disisi Allah adalah mereka yang sempurna amalan ibadahnya.
Mereka saling hormat menghormati, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja.
Orang yang rendah diri mudah menerima pandangan orang lain sama ada orang itu lebih bijak, berpangkat atau tua darinya biarpun dia juga ada pandangannya sendiri.
Mereka juga sabar dalam menangani masalah, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni daripada bertegang leher macam orang tak berakal.
Orang rendah diri boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin. Malah, boleh duduk bermesra dengan orang yang pernah mengatanya.
Jika diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, mereka tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Allah. Jika pendapatnya ditolak, mereka akan berlapang dada dan tidak berkecil.
❤️🌹 Perasaan riak jangan diturut, banyak susah dari senangnya. Sifat murni elok diikut, dihormat orang di mana sahaja ❤️🌹