KONGSI MINDA BERSIH JIWA: BIJAK TAK SEMESTINYA PANDAI

Published by
KitaReporters
Assalamualaikum dan selamat petang.Kongsi minda bersih jiwa.

Gambar dari https://pixabay.com/id/


Renungan.

Bijak tak semestinya pandai

Tapi faham menyusun hidup

Menimbang buruk baik...

Bijak atau tidaknya kita bergantung kepada cara hidup dan adab kita.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalah guna akan membawa kehancuran.

Bijak kita bergantung kepada akal kita.

Sehubungan itu, hati-hati dalam menjalani kehidupan. Jaga tingkah laku. Jaga lidah. Ia pencetus perselisihan faham sesama manusia.

Jangan jadi seperti pokok dan bayang-bayang.

di mana orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Sebabnya?

Sikap kita yang jadi perhatian.

Jika bijak, sempurna amalan

Jika tidak, terkandas di perjalanan.

Kebijaksanaan juga mengajar kita lebih hormat dalam bercakap dan bertindak.

Kita selalu terlajak dalam berkata.

Oleh itu, kata-kata yang diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan sebab selalunya apa yang kita cakap tidak sama dengan apa yang diungkap.

Ingat..

Belajarlah menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang tidak tahu apa-apa kerana untuk berjaya kita perlu bijak merebut peluang dan rezeki yang datang.

Selalunya kita lebih menghargai sesuatu yang sukar untuk didapat tetapi melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kita terlupa, bijaknya kita bila sentiasa melakukan yang terbaik, jaga akhlak dan jaga hati orang.

❤️🌹 Bijaknya manusia bila mereka faham betapa susahnya untuk hidup...dan mudahnya berbuat kesilapan. 🌹❤️

1
1
1
0
0

Copy Link: