CANTIK KAMU DIK!! PERSIS MODEL PROFESIONAL..
Published byTanpa memperdulikan mata yang memandang, si cilik mengatur langkah dengan penuh bergaya persis model profesional membuatkan hampir 1,000 tetamu terpaku di kerusi masing-masing sehingga pertandingan berakhir. : KitaReporters.comSi cilik yang bertuah menerima sijil penghargaan
Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan begitulah halnya dengan kebijaksaan dan ketertiban 64 model cilik menyusun langkah dengan tenang dan teratur di pentas peragaan ketika menyertai pertandingan Little Miss Malaysia 2020 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Teluk Sisek, Kuantan, Pahang pada 18 Januari 2020.
Peragawati cilik ini tidak bersendirian sebaliknya berkongsi pentas bersama peserta lain iaitu 64 pereka fesyen dan 64 jurusolek seluruh Malaysia dengan penampilan yang begitu menyerlah sekali.
Tiada perasaan takut, gentar atau terkejut ketika lensa kamera fokus kepada mereka, sebaliknya menambahkan semangat untuk melakukan yang terbaik.
Ternyata, sokongan dan tepukan gemuruh yang diberikan menjadikan mereka lebih yakin dan tenang kita mengatur langkah.
Walaupun bukan kalangan profesional yang terkenal tetapi mereka mempunyai pengalaman yang bukan sedikit, malah ada yang setanding dengan mereka yang sealiran.
Comel adik ni bergayaLagak si cilik persis model profesional
Model cilik memperagakan pakaian yang cantik persis sang puteri
Pengarah Urusan Razman Production yang juga penganjur pertandingan, Mohd Razman Ghazali berkata, semua 192 peserta itu bertanding mengkut kategori masing-masing dengan diadili tiga juri profesional.
"Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Designer/Jurureka, Make Up Artist, Little Miss A dan Little Miss B.
"Majlis ini mendapat sokongan menggalakkan daripada peserta dan ibu bapa peserta yang terbabit.
"Saya sangat berpuas hati kerana keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga juri profesional yang diundang telah mendapat maklum balas positif kalangan tetamu yang hadir," kata Razman.
Mohd Razman dan isteri Elta Suraya Putri Herman di pentas peragaan Little Miss Malaysia 2020Razman berkata, beliau telah membelanjakan hampir RM65,000 termasuk hadiah wang tunai berjumlah RM14,000 berserta sijil dan piala bagi menjayakan program berkenaan.
Menurutnya, program berkenaan akan diteruskan dalam musim kedua di lokasi lain seperti Kuala Lumpur sebelum diangkat ke persada antarabangsa iaitu Little Miss Asia pada masa depan.
"Little Miss ASEAN akan mengumpulkan juara dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu bumbung peragaan dan di situ kita akan mengangkat Little Miss Cilik," katanya.
Program menerima tajaan utama daripada pelbagai pihak termasuk Emas Ariffin Sdn Bhd, Sunshine Cosmetik, Asri Bridal, Z Katering, Terlior Cafe, Nuraimanaziz Boutique, Dahlia Jasmine Management dan Twinlight Bridal Gallery. - KitaReporters.com