TAK PAYAH NAK BERAZAM-AZAM, JALAN TERUS JE!!

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Menulis Dari Jiwa... Renungan.

Orang berazam, kita berazam. Orang bersungguh, kita bertangguh. Akhirnya orang ketawa kita mengeluh. Sebab orang dah berlari, kita masih berkayuh.

Selamat datang 2020. Terima kasih 2019. Yang baik, yang buruk. Semua pengalaman. Yang harus dibawa meneruskan kehidupan.


Azam?

Sudah tak relevan, kata Rozi, yang menyifatkan tanpa azam pun boleh berjaya.

Malah perancangan teliti tentang hala tuju hidup memainkan peranan penting untuk majukan hidup, tanpa berazam tambah Rozi.

Dahulu, setiap kali tiba tahun baharu, sibuk tanam azam... Nak kaya, berjaya dalam kerjaya, beli rumah dan lain lain lagi. Sampai akhir tahun tidak ada apa perubahan.

Sebab kita hanya bercakap, tidak bertindak. Kita buat hangat-hangat tahi ayam. Hasilnya kosong.


Kongsi Rozi lagi, hajatnya untuk sambung belajar tak pernah berjaya sehinggalah satu hari seorang sahabat mengajaknya ke sebuah cybercafe.

Dia hendak daftar sambung belajar dalam talian. Kerana kawan Rozi temankan. Selesai daftar mereka minum minum sambil bersembang.

Kata kawan tu, kamu pun boleh mohon Rozi. Dah ada pengalaman kerja, kelayakan akademik. Cubalah, mana tau ada rezeki, boleh kita study sama sama.

Termakan kata kata teman itu, Rozi pun memohon. Alhamdulillah permohonan diterima. Macam mimpi bagi Rozi. Empat tahun berulang alik, bergelut dengan kerjaya dan belajat sangat mencabar.

Penat Allah sahaja yang tahu. Tidak ada ruang berpatah balik. Segala yang pahit ditelan. Matlamat hanya satu... Untuk menggenggam segulong ijazah.

Alhamdulillah, Allah makbul hajat. Empat tahun yang penuh warna warni. Tanpa azam. Tanpa perancangan. Semua atas gerak hati, dengan izin-Nya jua!


Tidak salah berazam. Tapi nawaitu perlu betul. Bukan seperti melepas batok di tangga.

Azam sekadar penanda aras... Hanya tindakan jadi penentu.

Terima kasih Rozi kongsi kisah anda. Semoga yang membaca mendapat manfaat.


Iktibar dari kisah ini.

Berjayanya kita kerana usaha, doa dan tawakal. Tanpa itu semua, kita tidak akan berjaya. Mesti ada komitmen untuk mencapai apa yang dihajati.

Tiada guna menanam azam setiap tahun tapi tidak bersungguh sungguh untuk mencapainya. Rugi masa. Rugi hidup. Minda juga semakin luntur.

Sesetengah orang menyifatkan azam sebagai gaya hidup.. Setiap tahun perlu berazam. Itupun ikut orang sebab tak mahu dikata kolot.

Tapi orang maju ke hadapan, kita ditakuk lama. Orang berusaha, kita buat buat lupa.

Mulai 2020, sebaiknya kita ubah stail. Buat apa yang kita rasa nak buat. Positif selalu. Nekad dan mulakan. Tak payah berazam. Terus jalan.

Letakkan sasaran, hidup ada pilihan. Menggapai kejayaan dan keberkatan. Dalam meniti kehidupan.


❤️🌹 Kita minta matahari, Allah bagi hujan. Kemudian Dia hadiahkan pelangi. Sebab apa? Kerana dia tahu kita layak mendapat yang terbaik ❤️🌹 - KitaReporters.com
1
0
0
0
0

Copy Link: