[VIDEO] INI ASAL USUL LAGU 'KAMPUNG PEOPLE'

Published by
KitaReporters

"Kang Kang Ku Kang Kang!... Kang Kang Ku Kang Kang!..." Haa, mesti ramai yang terngiang-ngiang dengan lagu ni kan? : KitaReporters.com

EMPAT watak yang menjadi tunjang dalam drama bersiri Kampung People.


Itulah penangan Kampung People, drama bersiri di TV3 yang baru tamat dan menjadi bualan ramai ketika ini.

Drama ini dipuji melangit oleh penonton kerana ia disifatkan keluar dari corak lazim drama dalam saluran televisyen swasta yang banyak mengisahkan kehidupan orang kaya, kahwin paksa dan cinta remaja.

Sebaliknya, drama lakonan Rashidi Ishak dan Elly Mazlein ini membawa tema kekeluargaan dengan suntikan komedi serta kritikan sosial yang tajam.

Dek impaknya yang besar kepada penonton, salah satu lagu yang dinyanyikan dalam satu babak drama itu juga menjadi tular.

Dalam babak itu, watak Tok Penghulu lakonan Razak Ahmad menyanyikan lagu sambil diiringi penduduk kampung sebagai penyanyi latar.

Rangkap “kang kang ku kang kang” yang dinyanyikan penduduk kampung tular kerana ia dengan mudah ‘melekat’ dan terngiang-ngiang dalam telinga penonton.

Menurut laman Facebook rasmi syarikat Luncai Emas, lagu itu adalah saduran daripada lagu ciptaan pemilik syarikat itu, Datuk M. Nasir, iaitu Kolar Biru nyanyian kumpulan Kembara.

KUMPULAN Kembara, penyanyi asal lagu Kolar Biru yang digubah dalam drama bersiri Kampung People sehingga tular.


Lagu itu telah diubah liriknya dan bahagian “kang kang ku kang kang” itu sebenarnya ritma bass yang dimainkan dalam lagu itu!

Sungguh kreatif produksi Kampung People ya, boleh membuatkan lagu rakyat seperti Kolar Biru menjadi tular pada tahun 2020 ini. - KitaReporters.com

Babak yang mana Tok Penghulu lakonan Razak Ahmad menyanyikan lagu sambil diiringi penduduk kampung sebagai penyanyi latar. 



26
5
0
4
2

Copy Link: